Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gegaran Turut Dirasai Penghuni...

KOTA BHARU - Gegaran gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter di Sumatera...

Pengedar Bungkus Dadah Dalam...

PENDANG - Polis menahan seorang penganggur dan merampas dadah bernilai RM1,700 dalam serbuan...

“Kes Farid Beri Pengajaran...

PELAKON jelita, Yana Samsudin menganggap apa yang berlaku kepada kepada pengarah, Datuk Farid...

Model Bogel Page 3...

BEKAS model halaman gadis Page 3 bagi portal The Sun di Britain, Kimberley Miners,...

Polis Tahan Seorang Pengedar, Rampas Syabu

PAPAR – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai pengedar dadah dan merampas tiga peket syabu seberat 97 gram bernilai lebih daripada RM50,000 dalam serbuan di kawasan Skim Penempatan Pelarian, Kinarut pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papar DSP Ladamah Sulaiman (he) berkata suspek yang berumur 45 tahun berstatus penduduk tetap itu ditahan di sebuah pondok kira-kira jam 7 pagi.

“Polis percaya bekalan dadah itu baru diperolehi dan belum sempat diasingkan sebelum dijual kepada penagih.Untuk tiga peket itu mampu memberi bekalan kepada 2,000 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD), disini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan untuk membungkus semula dadah itu antaranya plastik lut sinar, straw dan alat penimbang.

Ladamah berkata bagi memudahkan pengedaran dan mendapatkan keuntungan daripada penjualan syabu itu, syabu berkenaan disimpan dalam straw yang dipotong mengikut saiz kecil sebelum dimasukkan ke dalam plastik kecil yang mengandungi kira-kira 10 batang straw dan dijual pada harga RM50.

Katanya penggunaan setiap batang straw itu mampu bertahan selama tiga hari atau bergantung kepada tahap ketagihan seseorang penagih itu.


Suspek yang juga positif syabu mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah akan disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ladamah berkata sejak Januari hingga Jun tahun ini seramai 20 pengedar dadah telah ditahan manakala 346 penagih ditangkap di daerah Papar.

“Cara mereka (pengedar dadah) berniaga memang sangat tinggi, pergerakan dan cara urusan jual beli sangat sulit dan pihak polis akan sentiasa memantau untuk mengetahui taktik pengedaran dadah berkenaan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Syabu

Kategori