Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rusia Beri Bukti Imej...

MOSCOW - Russia hari ini mengeluarkan bukti imej satelit mengukuhkan dakwaannya bahawa pesawat...

Penyelidik Jepun Terjatuh Di...

KUCHING - Penyelidik warga Jepun yang tercedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu...

Manchester City Beli Wilfried...

LONDON - Swansea City sudah bersetuju untuk menjual ayam tambatan mereka, Wilfried Bony...

Penyelia Kilang Maut Dalam...

REMBAU - Seorang penyelia kilang maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM...

PPBM Akan Lebarkan Sayap Ke Sarawak – Tun M

PETALING JAYA – PPBM bercadang melebarkan sayapnya ke Sarawak bagi memenuhi permintaan rakyat negeri itu yang mahukan parti itu bertapak di sana.

Perdana Menteri dan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata langkah itu juga seiring dengan situasi semasa di negeri itu di mana parti-parti politik dalam Pakatan Harapan seperti PKR dan Amanah telah berada di sana selain parti PAS.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa PPBM tidak akan ke Sabah, kerana negeri itu sudah ada Parti Warisan Sabah yang dianggap sebagai parti sahabat kepada PPBM dan Pakatan Harapan.

“Buat masa ini, keadaan di Sarawak adalah semua parti Sarawak membentuk gabungan mereka sendiri. Jadi, memandangkan PKR ada di sana, Amanah ada di sana, malah PAS pun ada di sana, jadi kami berpendapat adalah wajar untuk kami (PPBM) ke sana,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata PPBM menerima banyak permintaan daripada anggota UMNO untuk menyertai parti itu.

​​​​​​​Katanya anggota biasa UMNO boleh menyertai terus PPBM, bagaimanapun pemimpin dan wakil rakyat parti itu perlu ditapis terlebih dahulu sebelum diterima masuk PPBM.


“Kita dapati budaya dan falsafah PPBM ini berlainan daripada UMNO, jadi kalau nak masuk PPBM mereka kena belajar dan terima budaya dan falsafah kita,” katanya.

Dr. Mahathir juga berkata bahawa PPBM tidak pernah membincangkan atau membuat keputusan mengenai hasrat dua bekas wakil rakyat UMNO iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Perlis) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim dan Anggota Parlimen Bagan Serai (Perak), Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali untuk menyertai PPBM.

Selain itu Dr. Mahathir berkata PPBM akan mengadakan majlis rumah terbuka parti itu pada 6 Julai ini di Bukit Merah, Perak dan sambutan ulang tahun kedua parti itu pada September depan. – BERNAMA

Kategori