Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Boleh Dipertikai, Agong...

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini

Skuasy: Nicol Kecundang Di...

KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David,...

Milan, Bologna Seri Dalam...

MILAN - AC Milan seri tanpa jaringan di Bologna dalam cuaca sejuk dan...

Djokovic Tempah Slot Separuh...

LONDON - Pemain tenis dari Serbia, Novak Djokovic menempah slot ke saingan separuh...

Premis Judi Diserbu, 16 Lelaki Ditahan Di PJ

PETALING JAYA – Polis menahan seramai 16 individu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti judi komputer haram menerusi empat serbuan Op Dadu di sekitar Sunway Mentari di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kesemua yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 25 hingga 57 tahun yang terdiri daripada empat penjaga premis dan 12 pemain.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Polis merampas 66 buah komputer riba yang dipercayai digunakan untuk perjudian serta empat unit modem,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Mohd Zani berkata polis turut merampas wang tunai sebanyak RM848 dalam operasi yang melibatkan dua pegawai dan 10 anggota polis. – BERNAMA

Kategori