Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penembak Malaysia Atasi Juara...

PENEMBAK negara, Johnathan Wong, menambah pungutan pingat emas Sukan SEA ke-29 buat Malaysia...

Lucu! Apabila Terlupa Buka...

GAMBAR seorang lelaki yang memandu keretanya sambil memakai helmet motosikal menimbulkan pelbagai persoalan dari...

Tertembak Diri Ketika Tayang...

SEORANG budak lelaki berusia 13 tahun maut selepas tertembak diri sendiri ketika sedang menayangkan...

Podolski Hero Arsenal Tewaskan...

BRUSSELS - Jaringan lewat Kieran Gibbs dan Lukas Podolski menyelamatkan Arsenal untuk menang...

Projek NFC Bakal Dikemudi Menggunakan Model Baharu

JOHOR BAHRU – Langkah penjenamaan semula projek Ternakan Lembu Tempatan oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC) akan dimulakan dengan pembentukan satu model pelaksanaan baharu yang dapat memastikan ia mencapai objektif utamanya iaitu meningkatkan 30 peratus bekalan daging lembu tempatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub bagaimanapun berkata pihaknya akan mendapatkan pandangan dan cadangan daripada semua pihak terlebih dahulu sebelum memuktamadkan model itu bagi memastikan tiada komplikasi dalaman berlaku sepanjang projek berkenaan mengalami fasa perubahan.

Katanya, negara juga berkemungkinan boleh mencontohi model pelaksanaan yang dipraktikkan negara New Zealand, Australia, China, India dan Thailand dalam menguruskan projek sama.

“Saya yakin projek ini boleh berjaya sekiranya tiada penyelewengan. Sebab itu kita hendak mulakan dengan satu program baharu yang tiada penyelewengan dan boleh diurus tabdirkan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aildilfitri Parlimen Pulai di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan projek NFC yang akan diteruskan dan dijenamakan semula.


Turut hadir majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian dan Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah) merangkap Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat. – BERNAMA

Kategori