Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Juri Britain’s Got Talent...

SEORANG budak perempuan yang baru berusia sembilan tahun mendapat perhatian meluas di Internet...

Rasuah RM5.4 Juta: Pengurus,...

CHUKAI - Seorang pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan isterinya...

LTTE: ADUN Gadek Kemuka...

KUALA LUMPUR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), Gadek, Melaka G. Saminathan yang...

Hanya Tol Elektronik Di...

KUALA LUMPUR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) akan melaksanakan sistem pembayaran tol elektronik...

Promosi Barang Tiruan, Sweet Cuma Mahu Bantu Peniaga

MEMAKAI alat solek tiruan mungkin akan mengakibatkan kesan buruk kepada wajah kerana semestinya kita tidak tahu apakah kandungan yang digunakan dalam penghasilan produk itu.

Kini, pelakon Sweet Qismina dilihat semakin kerap mempromosikan alat solekan tiruan menerusi laman sosial Instagram miliknya sehingga menimbulkan pertikaian para pengikutnya di akaun berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon muda berusia 21 tahun itu menjelaskan bahawa tujuannya melakukan promosi sedemikian ialah untuk membantu peniaga-peniaga kecil melalui laman sosial.

“Saya tahu ramai orang beritahu saya agar jangan memberi promosi kepada barangan solekan tiruan atau apa juga produk.

“Antara sebab saya buat review di Instagram adalah untuk membantu mempromosikan perniagaan mereka.

“Itu cara mereka mempromosikan barang dan ia adalah pilihan saya untuk membantu mereka,” tulisnya di Instastory miliknya beberap hari lalu.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf itu juga ada memuat naik mesej peribadi yang dihantar oleh peminatnya bertujuan untuk  menegur perbuatannya itu.

Malah, sememangnya ada benar kata gadis berkenaan yang mana reputasi Sweet mungkin akan terjejas lebih-lebih lagi kerana dia merupakan seorang selebriti yang dikenali ramai.

Namun, Sweet turut menegaskan bahawa dia ada juga memaklumkan kepada pengikutnya sama ada dia menggunakan produk yang dipromosikan itu ataupun tidak.


Pengikutnya juga boleh terus bertanya kepada tuan kepunya produk berkenaan tentang maklumat lanjut sekiranya terdapat sebarang keraguan.

“Jangan bimbang, jika saya gunakan sesuatu produk itu, saya akan edit di bahagian kapsyen dan memaklumkan mengenainya kepada pengikut saya.

“Jika anda membaca dan memahami apa yang saya ingin beritahu dan melihat niat sebenar saya, anda akan faham tujuan sebenar saya wujudkan FQSreviewtime.

“Jenama barangan solekan yang saya muat naik pun ada di Instagram penjual dan memang dinyatakan ia bukan original atau anda boleh berhubung sendiri dengan pemilik akaun. Terima kasih atas keperihatinan anda,” tulisnya lagi.

Kini sudah menjadi trend kepada beberapa selebriti dengan membuat review bertujuan untuk membantu peniaga kecil-kecilan menerusi media sosial.

Tetapi perlu beringat, mereka sememangnya harus tapis serta tahu kesan buruk jika barang yang dipromosikan itu merupakan baranagn terlarang seperti pil pelangsing, krim pemutih dan banyak lagi. – MYNEWSHUB.TV/ AH

Kategori