Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kelantan Tanpa Zahasmi Menentang...

KOTA BHARU – Kelantan akan turun tanpa ketua jurulatihnya Zahasmi Ismail pada perlawanan...

Datuk Subahan Kamal Kini...

SHAH ALAM - Teka-teki siapa bakal menduduki kerusi panas Presiden Persatuan Bola Sepak...

Hina Sultan Selangor, Lelaki...

SHAH ALAM: Seorang lelaki pemilik akaun Facebook ‘Iman Mustaqim’ dijatuhi hukuman penjara selama...

Gadis Ni Nak Sangat...

Golongan muda sekarang apabila emosi menguasai pemikiran, cakap kadang-kadang seperti tidak menggunakan akal.Dalam...

Rahsia Sebalik Kunyit, Nak Cantik Kena Selalu Rajin!

SIAPA cakap nak cantik kena berbelanja besar? Mudah saja jika nak cantik tapi bergantung pada kerajinan masing-masing. Pakai barang dekat rumah pun dah boleh cantik.

Kunyit mempunyai banyak khasiat, antaranya ialah vitamin A, vitamin B1 dan vitamin C. Banyak yang boleh dilakukan dengan kunyit selain digunakan untuk tujuan masakan.

Jika sebelum ini kita gunakan kunyit hanya dalam masakan, kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa rahsia di sebalik penggunaan kunyit.

1. Mengecutkan jerawat

Jangan tak tahu ya, anda juga boleh gunakan kunyit untuk mengecutkan jerawat
di wajah. Caranya sangat mudah… Anda hanya perlukan:

– 1 sudu kecil serbuk kunyit
– 1 setengah sudu besar yogurt perisa asli
– 1 sudu kecil madu asli.

Cara-caranya sangat mudah iaitu anda hanya perlu campurkan kesemua bahan tersebut dalam satu mangkuk dan kacau sehingga sebati. Bila sudah sebati, sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit.

Selepas 30 minit, bilas wajah anda dengan air suam dan biarkan air di wajah kering dengan sendiri. Ulang cara ini setiap kali sebelum tidur.

Ingat, kalau anda rajin buat setiap hari, wajah anda pasti akan lembut dan jerawat pun akan hilang dengan sendiri.

2. Memutihkan gigi

Nak putihkan gigi tapi takut jumpa doktor? Jangan risau, anda mungkin boleh lakukan cara ini sebagai alternatif mendapatakan gigi yang putih. Tapi ia tidak bermaksud anda langsung tidak perlu berkunjung ke klinik gigi bagi mendapatkan rawatan ya.

Caranya juga sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan mungkin terdapat di dapur anda sendiri tanpa perlu berkunjung ke kedai runcit berdekatan:

– 1 sudu makan serbuk kunyit
– 1 sudu makan baking soda
– 1 sudu makan minyak kelapa/minyak zaitun

Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk kecil dan gaul rata. Selepas itu, celupkan berus gigi dan gosok seperti biasa. Jangan risau jika gigi anda kelihatan kuning.

Selepas itu, biarkan selama beberapa minit dan kumur seperti biasa. Kemudian, gosok gigi menggunakan ubat gigi biasa sehingga hilang kuning kunyit itu tadi.

Ulang selama dua atau tiga kali seminggu tetapi untuk kali kedua, tidak perlu gunakan baking soda. Cukup hanya menggunakan kunyit dan minyak kelapa/minyak zaitun.

3. Memutihkan ketiak


Bunyinya mungkin agak kelakar tapi sebenarnya ia adalah kenyataan. Setiap orang mungkin memiliki ketiak yang sedikit kehitaman. Ia terjadi akibat penggunaan deodorant yang salah.

Jadi, ada boleh memutihkan kembali ketik anda dengan menggunakan bahan utama iaitu kunyit masakan atau kunyit hidup. Jika anda gunakan kunyit hidup, tumbuk ia terlebih dahulu sehingga menjadi serbuk halus.

3.1 Kunyit dan madu

Campurkan satu sudu besar kunyit dan sedikit madu ke kawasan ketiak anda serta biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air bersih.

3.2 Kunyit dan baking soda

Baking soda juga boleh memutihkan gigi tetapi ia tidak boleh kerap digunakan. Campurkan kunyit dan baking soda kemudian ia akan menjadi seperti serbuk, selepas itu sapu di ketiak dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibasuh.

3.3 Kunyit dan minyak kelapa

Caranya sama sahaja, campurkan kesemua bahan kemudian biarkan selama 20 minit sebelum dibasuh menggunakan air bersih.

4. Menghilangkan selulit

Selulit bukan sahaja terjadi kepada ibu yang bersalin tetapi ia juga boleh terjadi kepada individu yang mempunyai berat badan berlebihan.

Ia terjadi apabila kulit kita terpaksa mengembang dan apabila sudah kurus, pasti akan meninggalkan kesan yang tidak cantik!

Cara untuk menghilangkannya mudah sahaja iaitu anda perlu campurkan serbuk kunyit, tepung gram dan yogurt ataupun susu. Kemudian, sapukan masker tersebut di bahagihan selulit dan biarkan ia kering. Amalkan dengan kerap jika mahukan hasil yang berkesan!

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi kelebihan kunyit yang mungkin kita sendiri tak tahu… Mungkin anda boleh cuba lakukan experimen dengan kunyit selepas ini. Belum cuba belum tahu kan! – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori