Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hasrat Tentera Russia Tawan...

LONDON: Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace, hari ini, berkata Russia berhasrat untuk menawan...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada Skala Richter melanda wilayah...

Peniaga Didakwa Kes Tipu...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan menipu...

Hotel Robot, Pecat Robot

TOKYO - Ramai berpendapat pada masa depan robot bakal merampas kerja daripada manusia...

Raja-Raja Batal Bincang Isu Peguam Negara Baharu

MANSUH… Perbincangan khas Raja-Raja Melayu berhubung isu pertikaian pelantikan Peguam Negara baharu yang sepatutnya dijadualkan di Istana Negara di ibu negara hari ini dibatalkan.

Difahamkan, pembatalan perbincangan tersebut dilakukan susulan perkenan dramatik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung kemelut pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Pemakluman perkara berkenaan secara drastik dilakukan menerusi sepucuk surat bertarikh 4 Jun yang turut mengampuni perkenan penamatan khidmat Tan Sri Apandi Ali daripada jawatan yang sama oleh kerajaan.

Tinjauan petugas media tempatan di hadapan pintu masuk satu Istana Negara mendapati tiada sebarang pergerakan kenderaan rasmi diraja yang keluar masuk sejak pukul 7 pagi lagi melalui laluan protokol tersebut.

Pemakluman mengenai pembatalan perbincangan khas Raja-Raja Melayu disampaikan oleh pihak polis kepada pengamal media yang membuat liputan di sekitar pekarangan luar Istana Negara pada pukul 11.10 pagi.


Ia sebenarnya 10 minit lewat daripada mesyuarat yang dijadual diadakan sebagai mana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Ahad lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori