Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Samsung Galaxy Note5, Galaxy...

SELEPAS membuat penampilan peringkat global baru-baru ini, hari ini Samsung Malaysia Electronics Sdn...

PM Najib Bentang Pengubahsuaian...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016...

HSR: Singapura Minta Malaysia...

SINGAPURA - Singapura meminta kerajaan Malaysia memberikan maklum balas bertulis menjelaskan kedudukannya berhubung...

Rusia Umum Tamat Latihan...

MOSCOW : Russia mengumumkan latihan ketenteraan di Crimea berakhir dan mengarahkan pengunduran pertama...

Ramadan Bulan Sibuk Buat Penghuni Penjara Wanita

“DULU pegang jarum pun tak pernah, sekarang saya mampu menjahit dua pasang baju kurung biasa sehari untuk tempahan raya,” kata Minah (bukan nama sebenar), 33, penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu.

Dia antara 18 penghuni penjara yang tak menang tangan mengambil upah menjahit baju, selain menyiapkan tempahan biskut raya sepanjang Ramadan ini, sekali gus kesibukan menghalang mereka daripada meratapi nasib di sebalik tirai besi.

“Saya banyak buang masa sebelum ini, namun sejak berada di sini, banyak pengalaman diperoleh. Kini saya mampu menjahit pakaian dan kemahiran ini akan saya gunakan untuk memulakan hidup baru kelak,” katanya yang menjalani hukuman penjara lima tahun tiga bulan sejak Ogos 2016 atas kesalahan mencuri kereta dan dadah.

Aktiviti bengkel jahitan dimulakan 10 tahun lalu di penjara berkenaan dengan kini lebih 25 mesin jahitan dibekalkan kepada pelatih untuk menyiapkan tempahan baju raya, cadar dan langsir daripada orang luar mahupun kakitangan penjara.

Wartawan NSTP yang mengunjungi penjara itu baru-baru ini turut berkesempatan melihat lebih dekat aktiviti banduan wanita membuat biskut raya yang biasanya ditempah lebih awal untuk jualan sempena Syawal.

Sementara itu, bagi Siti, 24, yang menjalani hukuman penjara selama 10 tahun atas kesalahan merompak, mengakui cuma tahu nama biskut raya, namun tidak pernah membuatnya sendiri.

“Saya tidak pernah membuat biskut raya ketika berada di luar (rumah) sebelum ini, saya mendapat kemahiran itu di sini (penjara). Sekarang saya tahu buat beberapa jenis biskut raya seperti Tat Nenas, Biskut Arab, Almond London, Makmur selain pelbagai jenis kek,” katanya yang menghuni penjara itu sejak 30 Oktober 2015.

Bagi Azura, 32, dia mengakui lebih mahir dalam pembuatan makanan sejuk beku, namun sebelum Ramadan lagi turut terbabit membuat pelbagai jenis biskut ditempah orang ramai.

“Saya memang tidak mahir dalam semua ini, namun sejak 19 bulan berada di sini, saya sudah pandai membuat biskut.

“Bermula daripada mengenalpasti bahan, mengadun, membuat dan seterusnya membakar biskut,” katanya yang menjalani hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan pecah amanah.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, Nur Raudzah Mohamad Shahimi berkata, kemahiran diperoleh banduan wanita terutama dalam bengkel membuat biskut dan pastri serta menjahit, mampu mempersiapkan diri menjadi insan berguna dan berkemahiran selepas dibebaskan kelak.

Katanya, mereka bukan saja mendapat kemahiran dalam dua bidang itu malah, akan mendapat sijil selepas terpilih mengikuti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

“Sejak tahun 2013, seramai 100 banduan mendapat persijilan SLDN dan tujuh orang akan mengikuti tahap dua persijilan SLDN dengan enam daripadanya membuat biskut dan pastri, manakala seorang dalam bidang menjahit bermula pada Ogos ini.

“Bagi mereka yang didaftarkan di bawah SLDN khas, akan diberi insentif RM625. Kadar Insantif itu dibahagikan iaitu RM200 digunakan untuk membeli barang keperluan dalam bidang masing-masing, manakala RM125 untuk insentif pusat latihan dan RM300 adalah elaun perantis.

“Mereka yang ada sijil SLDN ini bukan saja diajar kemahiran, malah teori dalam bidang yang diceburi,” katanya.

Mengenai aktiviti membuat biskut raya, Nur Raudzah berkata, ketika ini penghuni menyiapkan tempahan daripada orang ramai serta jabatan dan agensi kerajaan negeri.

“Sasaran hasil kutipan jualan biskut raya kita pada tahun ini ialah RM70,000, manakala sasaran setahun bagi bengkel ini (bengkel pastri dan biskut) adalah RM200,000,” katanya sambil menambah penjara itu kini menempatkan 244 penghuni atas pelbagai kesalahan. – myMetro Online

Kategori