Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tengku Abdullah Mahu Cepat...

KUALA LUMPUR - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap dia akan cepat sembuh...

60 Murid Gembira Terima...

KOTA BHARU - Seramai 60 murid daripada keluarga berpendapatan rendah di Kampung Pulau...

Ambang Tahun Baru 2019:...

KUALA LUMPUR - Pengendali perkhidmatan sistem rel transit dan bas Rapid KL akan...

UniMAP Jadual Semula Tarikh...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersetuju memberi pertimbangan khas kepada pelajarnya yang...

Ribuan Hadir Pengebumian Gadis Sukarelawan Gaza

PENGEBUMIAN gadis sukarelawan paramedik Gaza yang dibunuh Israel dalam keganasan di sempadan selatan Gaza dihadiri oleh ribuan penduduk Palestin hari ini.

Sebahagian mereka yang hadir membawa bendera Palestin dan sepanduk dengan potret Razan al-Najjar sebagai tanda menuntut bela terhadap kematian gadis perubatan itu.

Menurut akhbar tempatan, bapa Razan memegang jaket pasukan perubatan dengan kesan darah yang dipakai mangsa ketika ditembak. Turut hadir, pasukan perubatan, kru ambulans dan rakan seperjuangan mangsa.

Terdahulu, mangsa berusia 21 tahun ini meninggal dunia selepas ditembak di dada oleh penembak hendap Zionis ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a, semalam.

Semangat yang ditunjukkan gadis ini terus berkhidmat kepada masyarakat tempatan sehingga Allah S.W.T. mengabulkan permintaannya untuk syahid pada bulan Ramadan bersama rakyat Palestin lain.

Razan al-Najjar meninggal dunia selepas ditembak di dada oleh penembak hendap Zionis.

“Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.
Ā 
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka,” kata Razan juga seorang warganegara Palestin.

Razan juga pernah berkhidmat dengan kumpulan sekarelawan Malaysia, Humanitarian Care Malaysia (MyCare).


Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, arwah tekad mahu teruskan kerja-kerja sukarelawan di lapangan walapun diancam bahaya.

ā€œPilu hati kami mendapat berita daripada pegawai di Gaza mengenai nasib Razan.

ā€œArwah yang berusia 21 tahun itu teĀ­lah menyertai sukarelawan MyCare pada Ramadan tahun lalu. Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan beliau tetapi Allah S.W.T lebih menyaĀ­yangi Razan,ā€ kata beliau dalam satu kenyataan.

Saat Razan ditembak di dada oleh tentera Zionis.
Ibu Razan memeluk baju jururawat milik Razan yang dipenuhi dengan darah anaknya.

Penduduk Gaza melakukan tunjuk perasaan sejak 30 Mac lalu untuk menuntut tanah Palestin dikembalikan selepas mereka menjadi pelarian akibat perang penubuhan Israel pada 1948.

Kekejaman Zionis seperti tidak ada kesudahan malah mereka lebih berani bertindak sesuka hati tanpa ada pihak yang mampu menghalangnya.Ā ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori