Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Anggota Polis Maut, Kereta...

SERIAN – Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan di kilometer...

Syor Sistem Giliran Tempat...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) menyokong langkah kerajaan untuk menukarkan...

Waran Tangkap Calon PAS...

TEGAS... Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu mengeluarkan waran tangkap terhadap calon PAS, Wan...

Cadang Kerajaan Lanjutkan Program...

KUALA LUMPUR - Program taklimat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) harus diteruskan...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan menunggu peserta pasaran, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.0100/0130 berbanding dolar AS daripada 4.0010/0040 yang direkodkan sewaktu penutup pasaran Jumaat minggu lepas.

Bagaimanapun peniaga menjangkakan ringgit menerima beberapa sokongan belian mulai hari ini selepas wujud sentimen positif dengan pengumuman mengenai pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkuat kuasa 1 Julai, 2018.

“Pasaran gembira dengan pengumuman itu memandangkan ia menunjukkan dasar status quo,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.


Nota tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9461/9494 daripada 2.9484/9511 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3161/3204 daripada 5.3189/3245.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6581/6618 daripada 3.6323/6360 serta rendah berbanding euro kepada 4.6733/6784 daripada 4.6644/6683. – BERNAMA

Kategori