Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dakwaan DoJ Taktik Lencong...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan tentang agenda...

Anak Pemilik Rumah Kedai...

SUNGAI PETANI - Anak kepada pemilik sebuah rumah kedai maut dalam kebakaran di...

Lebih 15 Terbunuh Kebakaran...

BAKU - Kebakaran sebuah pangsapuri 15 tingkat di bandar raya ini pada Selasa...

Pengajar Institut Memandu Pun...

HULU TERENGGANU - Seorang pengajar institut memandu turut ditahan bersama 70 pengguna jalan...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus menerima momentum belian, dalam keadaan peningkatan ketegangan perdagangan antara AS dan China, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0440/0470 berbanding dolar AS daripada 4.0400/0450 yang dicatatkan pada sesi penutup Khamis.

Peniaga itu berkata dolar AS mengukuh selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan beliau akan menggunakan proses kajian semula keselamatan nasional untuk menghentikan pembelian teknologi Amerika yang sensitif oleh China.

“Minat para pelabur dilihat beralih kepada mata wang itu, memberi kesan kepada mata wang lain termasuk ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.


Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.6604/6641 daripada 3.6651/6703 dan berbanding pound British ia naik kepada 5.2871/2923 daripada 5.2940/3010.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9561/9590 daripada 2.9552/9593 dan berbanding euro, ia susut kepada 4.6781/6832 daripada 4.6763/6833. – BERNAMA

Kategori