Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tabur Fitnah Sebab Cemburu...

KUALA NERUS - Fitnah yang ditaburkan kepada pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional (BN)...

Pelajar Dakwa Dibelasah Pelajar...

POKOK SENA - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mendakwa dibelasah pelajar senior di...

“Syarat Baru E-hailing Tak...

PETALING JAYA - Pemandu kelainan upaya perkhidmatan e-hailing mengadu berdepan kesukaran dengan keputusan...

Virus Zika Mungkin Berlindung...

CHICAGO - Virus Zika berkemungkinan bersembunyi dalam bahagian tubuh yang terlindung daripada sistem...

Ringgit Tidak Berubah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit tidak berubah berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini, walaupun data perdagangan Malaysia yang menggalakkan pada April dan susulan peniaga menantikan lebih banyak maklumat mengenai dasar fiskal kerajaan sebelum memutuskan langkah mereka yang seterusnya.

Sehingga pada 9.30 pagi, unit tempatan disebut pada 3.9700/9750 berbanding dolar US, tidak berubah daripada ditutup semalam.

Peniaga berkata ketidakpastian mengenai dasar fiskal kerajaan pada masa ini memberi impak yang besar kepada unit tempatan berbanding data perdagangan yang positif, berikutan pasaran tidak menumpukan kepada kuantum Cukai Jualan dan Perkhidmatan, yang akan menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

“Sudah tentu, semua pihak kini turut tertumpu kepada perkembangan berhubung siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd.,” katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang.


Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9756/9800 daripada 2.9749/9791 semalam, bagaimanapun naik berbanding yen kepada 3.6127/6179 daripada 3.6163/6219.

Unit tempatan jatuh berbanding pound British kepada 5.3238/3317 daripada 5.3115/3197 dan merosot berbanding euro kepada 4.6544/6607 daripada 4.6453/6523. – BERNAMA

Kategori