Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Budak 2 Tahun Lemas...

PEKAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati lemas selepas terjatuh ke...

Troll KJ, Tak Guna...

SIAPA tak kenal dengan sikap lucu menteri kita sorang ini, walaupun nampak serius...

KKM Tetapkan 5 Warna...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menetapkan lima warga gelang berbeza untuk dipakai individu yang...

Kluster Baru Covid-19 di...

SATU kluster baharu iaitu membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang dikesan Kementerian...

RM257 Juta Dibelanja Agong Dalam 16 Bulan – Kadir Jasin

KIRA-KIRA RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Demikian dakwaan seorang ahli Jawatankuasa Pembaharuan Peralihan Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin menerusi catatan dalam blog peribadinya.

Kenyataan Kadir yang disifatkan tidak mewakili pandangan Majlis Penasihat Kerajaan dianggotainya itu mendakwa purata RM16 juta sebulan dibelanjakan oleh Agong yang meliputi penginapan, kediaman, barangan peribadi, pengangkutan dan pelbagai lagi perbelanjaan lain.

Kadir berkata, jumlah yang dibelanjakan untuk perbelanjaan Agong menunjukkan raja Melayu tidak memerlukan jaminan kedudukan mereka tidak terjejas.

“Saya tidak berani kata raja-raja tidak begitu yakin dengan kedudukan mereka sehingga mereka perlu diberikan jaminan dan ditenangkan.

“Sebaliknya, saya rasa raja-raja yakin seperti sebelum ini. Mengapa tidak? Mereka dijamin oleh Perlembagaan, diberikan kemewahan, kaya dan Anwar pun mencium tangan mereka,” tulis Kadir yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


Kadir bagaimanapun tidak mendedahkan sumber data perbelanjaan itu diperolehi namun beliau memberitahu kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM13.5 juta setahun untuk perbelanjaan setahun Agong.

Katanya, seperti rakyat di negara ini, Agong juga terikat dengan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.

Biarpun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, namun undang-undang menyatakan bahawa Agong mempunyai kuasa tertentu.

“Perlembagaaan yang boleh jamin dan jatuhkan kuasa ke atas golongan pengemis di Chow Kit, sama juga dengan hak keistimewaan Agong yang menetap di istana negara berharga RM650 juta,” katanya.

Beliau juga menyatakan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda pada tahun 1993 bagi memperjelaskan sejauh mana kekebalan Raja-Raja dikategorikan sebagai langkah yang diambil untuk ‘pertahankan institusi di raja’. – MYNEWSHUB.CC

Kategori