Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bas Ekspres Terbabas Dipercayai...

BAS dipandu terlalu laju dipercayai penyebab punca nahas kemalangan maut di Kilometer 137.2...

Samsung Galaxy A3 &...

Samsung Malaysia memulakan tahun 2015 dengan melancarkan beberapa siri telefon pintar terbaru dalam...

PRU15: Rahman Dahlan Antara...

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

Berniaga `Online’ Perlu Bayar...

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi mewujudkan dimensi baharu dunia perniagaan dikenali perniagaan...

RM5.6 Bilion ‘Hangus’ Di Bursa Sebulan PH Berkuasa!

PANIK… Pelabur asing bertindak menjual dana ekuiti berjumlah RM5.6 bilion daripada Bursa Malaysia sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada 9 Mei lalu.

Ia sekali gus menjadikan Mei sebagai bulan paling tinggi mencatatkan aliran keluar setakat tahun ini dan turut menggambarkan ketidakyakinan ramai pelabur antarabangsa terhadap prospek kerajaan baharu yang dibentuk.

Menurut laporan firma tempatan, MIDF Research, pelabur luar negara dikesan menjual ekuiti negara ini secara berterusan bagi minggu kelima berturut-turut iaitu tempoh jualan dana yang paling lama direkodkan setakat ini.

“Pada minggu lepas sahaja, penjualan ekuiti negara oleh pelabur asing di kaunter Bursa Malaysia berjumlah RM1.27 bilion berbanding rekod hanya sebanyak RM892.4 juta yang dilupuskan mereka pada minggu sebelumnya.

“Dengan jualan asing pada setiap hari dalam seminggu, jualan ekuiti kini sudah 19 hari berturut-turut. Tempoh paling lama adalah 21 hari iaitu pada Mei hingga Jun 2015,” katanya dalam nota penyelidikan di ibu negara hari ini.

Jualan bersih ekuiti Malaysia pada Isnin lalu ujar MIDF Research, sudah pun berjumlah RM216.5 juta, iaitu satu paras pengeluaran dana asing dari negara ini yang disifatkan sebagai masih lagi normal buat masa sekarang.

Namun, aliran keluar RM609.2 juta pada Rabu minggu lalu adalah tertinggi sejak 15 Mei ekoran pembatalan projek mega Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Lembah Klang dan Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.


MIDF Research mengakui bahawa penjualan ekuiti berskala besar itu sebenarnya kebetulan seiring dengan trend di negara Asia lain seperti Korea Selatan, Filipina dan Taiwan ekoran pergolakan politik serius di Itali dan Sepanyol.

Pada Rabu lepas, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI atau indeks FBM susut sebanyak 56.56 mata atau 3.18 peratus untuk ditutup kepada 1,719.28 mata, paras paling buruk yang dicatatkan sejak tahun 2008.

Kebanyakan penganalisis ekonomi menyifatkan situasi kejatuhan itu pada dasarnya adalah normal. Menjelang September, mereka mengunjurkan akan ada lantunan semula secara beransur-ansur dalam pasaran tempatan.

Ia ekoran keyakinan ramai pelabur dijangka kembali semula ke negara ini sebaik sahaja jemaah Kabinet baharu PH menggariskan dasar-dasar pentadbirannya terutama kedudukan ekonomi semasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori