Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Man Kidal Kini Peniaga...

SIAPA tak kenal dengan pemain gitar handalan kumpulan Search, Man Kidal. Gitaris lagenda...

PAC Cukup Korum Walau...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih belum menerima surat peletakan...

Militan Daesh Mula Ancam...

PUTRAJAYA - Video propaganda terbaharu kumpulan pengganas Daesh memaparkan seorang lelaki Malaysia memberi...

Bilangan Sebenar Ahli PAN...

KUALA LUMPUR - Kenyataan berbelit-belit dalam kalangan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dan...

Rosmah Selesai Beri Keterangan Kepada SPRM

PUTRAJAYA – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Rosmah, yang tiba dengan kereta Mercedes-Benz pada 10.43 pagi tanpa polis pengiring, dilihat meninggalkan perkarangan bangunan SPRM pada 3.44 petang.

Beliau yang berpakaian baju kurung berbunga berwarna biru dan bertudung merah beredar keluar tergesa-gesa dari bangunan SPRM itu tanpa mempedulikan pertanyaan puluhan wakil media yang meminta beliau memberi komen mengenai keterangannya kepada SPRM.

Sementara itu, peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran, berkata anak guamnya memberi kerjasama penuh dan baik ketika memberi keterangan lebih tiga jam kepada SPRM.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. – BERNAMA

Kategori