Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

WHO Siasat Jangkitan Bakteria...

SUVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan siasatan terhadap kes kematian empat bayi di...

Hanya 6 Pusat Tahfiz...

KANGAR - Hanya enam daripada 15 pusat tahfiz bantuan kerajaan di Perlis memenuhi...

Projek Perumahan Rakyat Kota...

KOTA BELUD - Pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud yang bermula pada...

Kad Ceria Wilayah: Nikmati...

KUALA LUMPUR - Warga Wilayah Persekutuan kini boleh menikmati diskaun pembelian barangan dan...

RTM Perlu Naik Taraf Siaran Langsung Piala Dunia

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyambut baik semua cadangan berkaitan usaha untuk meningkatkan prestasi siaran langsung Piala Dunia FIFA 2018 yang akan disiarkan di saluran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

“Terima kasih kepada semua yang beri cadangan untuk meningkatkan prestasi siaran Piala Dunia 2018 ini. Semua cadangan amat dialu-alukan!” katanya menerusi Twitter dan Facebook miliknya hari ini.

Antara yang memberi cadangan menerusi Twitter ialah Sophian Aziz @izzsophian yang memberi maklum balas: “Saya dengar RTM mempunyai teknologi terbaik di Malaysia. Harap dapat siarkan lebih baik di kaca tv.”

Asyraf Azizi @acap_munez menulis: “Hi YB @GobindSinghDeo, untuk Piala Dunia nanti, pastikan pengacara, golongan cerdik pandai dan pakar bola sepak, RTM ambil yang berkaliber. Yang pandai cakap & analisis pasal bola sepak. – yang benar, peminat bola sepak.”

Marvin @marvinreds_27 menerusi Twitter menyebut RTM juga perlu benar-benar meningkatkan diri dari segi kualiti pelaporan dan kandungan persembahan. Mereka tidak boleh menunggu dan melaporkan tentang sesuatu tetapi perlu berusaha untuk mencarinya seperti yang dilakukan BBC, AJ, Fox dan CNN.

Sementara itu, yadziz @yadziz : “Tuan, saya rasa, anda sepatutnya mempunyai mereka yang berbakat dan berpendidikan dalam sesuatu rancangan sebagai moderator seperti Awani. Sentiasa bersedia, seperti soalan yang cemerlang. Mendidik audiens. Beri idea bernas dan mempunyai perbincangan yang membina dengan sedikit provokatif.”


Pada 30 Mei lepas, Gobind mengumumkan RTM akan menyiarkan 27 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung manakala 14 perlawanan lagi menerusi siaran tertunda.

Acara yang diadakan empat tahun sekali dengan Rusia sebagai tuan rumah edisi kali ini melibatkan 32 negara yang bertanding untuk merebut piala berprestij itu. – BERNAMA

Kategori