Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Najib Dakwa Hakim Datuk...

Putrajaya : Datuk Seri Najib Razak tadi, memohon rayuan akhir kes penyelewengan dana...

Wanita PKR Perlu Jadi...

IPOH - Sayap Wanita PKR perlu mencontohi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr...

Hampir 2.5 Juta Tonton...

KUALA LUMPUR - Hanya berbaki kira-kira sebelas jam sebelum keputusan Anugerah Puskas Persekutuan...

Tun Mahathir Dirawat Di...

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan...

Rumah PR1MA Dijenama Semula Dengan Nama Baharu

GEORGE TOWN – Pojek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di negeri ini selepas ia dijenamakan semula dengan nama baharu, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.

Jagdeep berkata beliau telah memberikan cadangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya nama PR1MA ditukar kepada Perumahan Rakyat Harapan Malaysia dan tiga lokasi telah dikenalpasti untuk membina unit perumahan itu di negeri ini.

“Tiga lokasi untuk projek perumahan itu ialah dua di bahagian Pulau iaitu di Gelugor dan Batu Feringhi manakala di tanah besar ialah di Permatang Pauh,” katanya kepada pemberita selepas melawat penyelenggaraan lif flat di Bandar Baru Air Itam di sini hari ini.

Berhubung 999 unit PR1MA seperti yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini untuk dilaksanakan di negeri ini, Jagdeep berkata sehingga kini tidak ada satu unit pun rumah berkenaan dijalankan.

Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan yang baharu untuk melaksanakan perumahan itu bagi memastikan kesejahteraan rakyat tercapai, katanya.


Jagdeep berkata kerajaan negeri juga akan mengemukakan cadangan untuk memasukkan projek pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di negeri ini memandangkan Pulau Pinang belum memiliki perumahan PPA1M. – BERNAMA

Kategori