Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perodua MyVi Dianugerah Kereta...

KUALA LUMPUR - Perodua Myvi telah merangkul Anugerah Frost & Sullivan sebagai kereta...

Tun M Terdesak Persoal...

ALOR SETAR - Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mempersoalkan Program Khas Haji...

Siti Hasmah Lancar Pertubuhan...

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri Harapan atau Kasih Malaysia yang menghimpunkan...

SPRM Dakwa Pengusaha Vape...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan...

Saintis Muda Malaysia Juara Dunia FameLab International

HEBAT… Pencapaian yang cukup membaggakan negara oleh seorang saintis muda Malaysia apabila dinobatkan sebagai juara dunia pada pertandingan FameLab International 2018 di Cheltenham, United Kingdom (UK).

Dr. Siti Kayriyyah Mohd Hanafiah, 33, telah mengharumkan nama Malaysia dan berjaya menambat hari panel juri melalui pembentangan beliau berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.

Pertandingan FameLab International 2018 diadakan pada 7 Jun lalu di The Arena, Cheltenham sempena Pesta Sains Cheltenham, lapor Berita Harian.

Ratusan penonton hadir menyaksikan 11 finalis dari Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea, Portugal dan Malaysia bersaing dalam acara tersebut.

FameLab International adalah pertandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dengan menyampaikan teori dan konsep sains dalam bentuk kreatif dan penyampaian yang mudah untuk difahami oleh khalayak ramai dengan tempoh tiga minit sahaja.

Ini bertujuan menarik minat umum dengan topik sains dan teknologi yang sering dianggap sebagai sesuatu yang rumit dan tidak menyeronokkan di kalangan orang awam.

Dr. Siti Kayriyyah terpanggil menyertai pertandingan tersebut apabila beliau teruja mahu berkongsi keindahan fenomena biologi.


Kemenangan pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia itu menyaksikan Malaysia sudah menjuarai Famelab International sebanyak dua kali dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Terdahulu, Prof. Dr. Abhimanyu Veerakumarasivam dari Sunway University, selaku Pengerusi Young Scientists Network – Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) telah dinobatkan sebagai juara pada tahun 2016 melalui pembentangan beliau yang bertajuk ‘Genetik Kanser’.

Sebelum layak bertanding di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia, Dr. Siti Kayriyyah memenangi saingan FameLab di peringkat kebangsaan setelah menewaskan sembilan saintis muda tempatan.

Bemula tahun 2005 Famelab dipertandingkan di UK oleh Cheltenham Science Festival. Ia dibawa ke Malaysia pada 2015 pada platform MIGHT Academy dan British Council dengan matlamat untuk menutup jurang antara saintis dan orang awam.  MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori