BARU-BARU ini ikon fesyen terkenal, Wak Doyok memuat naik sekeping gambar koleksi kasut di Instagram miliknya namun perkongsian tersebut dikesan diambil daripada enjin carian Google.
Ekoran itu, laman media sosial milik Wak dihujani dengan pelbagai komen dan reaksi daripada peminat yang mana rata-rata menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung hal itu.
Pun begitu, Wak dilihat tidak mudah melatah sebaliknya tampil tenang menjawab persoalan dilontar oleh netizen berhubung isu gambar ‘curi’ yang dihangatkan netizen.
“Salah ke ambil gambar Google? Saya tak tulis kasut itu saya punya,” katanya dipetik mStar Online.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor itu menegaskan media sosial miliknya adalah ruang peribadi maka dia mempunyai hak untuk memuat naik apa sahaja.
Pada masa sama, ikon fesyen tersebu beranggapan segala tuduhan dan tohamahan yang dilemparkan terhadap dirinya hanya kerana mereka ingin mencari publisiti murahan.
Haters memang sengaja mencari publisiti dan salah orang, Instagram saya adalah hak saya dan ‘langau-langau’ ni pula sibuk menceroboh privasi saya,” tegasnya.