Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pedersen Lennon the real...

Starting in your composition before beginning composing an article, you have to decide...

UMNO Johor Sambut Baik...

JOHOR BAHRU - Badan Perhubungan UMNO Johor menyambut baik cadangan untuk memperkenalkan Akta...

4 Bandar Utama Di...

KOTA KINABALU - Empat bandar utama di Sabah mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU)...

Ainul Aishah: Saya Tak...

TAK semena-mena hanya kerana sekeping gambar, nama Ainul Aishah kembali menjadi sebutan hangat...

Sanggup Tangguh Bulan Madu Demi Piala Dunia

HANYA satu perkara lebih baik berbanding menikmati percutian bulan madu iaitu beraksi di Piala Dunia 2018 Rusia, kata pemain pertahanan Australia, Josh Risdon.

“Saya rasa tiada tempat yang lebih baik untuk saya pergi, melainkan bulan madu selepas perkahwinan,” kata Risdon kepada media di kem latihan Socceroos di Moscow, hari ini menjelang aksi pembukaan Piala Dunia menentang Perancis.

Ketika dia meninggalkan isterinya sehari selepas perkahwinan bagi menyertai kem latihan Piala Dunia, nama Risdon masih belum pasti tersenarai dalam skuad terakhir 23 pemain kendalian Bert van Marwijk.

Pernah mengakui dia “tidak terfikir adalah terlalu sukar untuk meninggalkan isteri saya sejurus selepas itu (perkahwinan),” pemain berusia 25 tahun itu memastikan “pengorbanannya” tidak sia-sia.

Pertahanan kelab Western Sydney Wanderers itu akhirnya berjaya memikat jurulatih kelahiran Belanda, Van Marwijk ketika kem latihan pasukan di Turki dan bermain dalam kedua-dua perlawanan pemanas badan menentang Republik Czech (4-0) dan Hungary (2-1).

Namun ia turut bermakna Risdon dan isterinya banyak melakukan perubahan perancangan.


“Jelas saya tidak terfikir mengenainya. Apabila kami merancang perkahwinan, ia akan berlaku sekitar masa yang sama dengan Piala Dunia.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya yang kami mungkin perlu menangguh bulan madu kami. Isteri saya turut memberikan sokongan penuh dan tahu pengorbanan yang saya lakukan dan dia juga bersedia.

“Jadi bulan madu ditangguhkan, tapi selepas semuanya selesai, saya akan memastikan saya akan menghabiskan beberapa minggu untuk meraikannya.”AFP

Kategori