Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Ziarah Pusara Ibu,...

MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi pusara ibu dan bapanya...

KPM, KPT Bekerjasama Perkasa...

KUALA LUMPUR: Kerjasama silang antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)...

Seleweng RM40j: Datuk, 2...

PUTRAJAYA - Ketua Eksekutif sebuah perbadanan bergelar Datuk dan dua individu lain yang...

Anuar Zain Impi Konsert...

KUALA LUMPUR - Penyanyi terkemuka negara, Anuar Zain, mengimpikan satu lagi konsert berskala...

“Saya Akan Berkhidmat Selagi Rakyat Perlukan Saya”

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pusingan U apabila berkata beliau bersedia untuk berkhidmat sebagai perdana menteri jika itu adalah kehendak rakyat atau selagi mereka memerlukan khidmat beliau.

“Tetapi sudah tentu, saya tidak tahu berapa lama saya sendiri akan bertahan,” katanya sambil menambah bahawa dalam tempoh dua tahun itu beliau akan berusia 95 tahun.

Berucap pada Persidangan Nikkei di sini pada Isnin, Mahathir menegaskan bahawa beliau sudah pun menjadi perdana menteri paling tua di dunia.

“Ia akan menjadi satu rekod dunia jika saya mencapai usia 95 tahun dan masih menjadi perdana menteri,” katanya secara bergurau.

Baca: Tun M Akan Terajui Kerajaan Satu Atau Dua Tahun

Juga: Betul Ke Mahathir Mahu Anwar Jadi PM Tapi Bila?

Serta: Mahathir Kata Anwar Terlalu Tua Untuk Jadi PM

Dan: Belum Tentu Lagi Anwar Jadi PM Ke-8 – Mahathir

Beliau menegaskan bahawa apa yang difikirkannya adalah berkhidmat kepada negara.

“Jika itulah apa yang rakyat mahu saya lakukan, saya akan mengikut kehendak mereka,” katanya.


Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri untuk kali kedua bulan lepas selepas mengetuai gabungan Pakatan Harapan untuk meraih kemenangan yang menakjubkan dalam pilihan raya umum 9 Mei.

Beliau merupakan perdana menteri keempat dari tahun 1981 hingga 2003 lalu. Mahathir ketika ini adalah dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun.

Kenyataan terbaharu itu jelas bercanggah dengan janji beliau sebelum ini konon Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri kelapan. – BERNAMA

Kategori