Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Projek Terowong: ‘Datuk’ Direman...

PUTRAJAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' direman selama empat hari bermula hari...

SPRM Rakam Keterangan Lima...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan lima Ahli Dewan...

Makanan Asyik Dicuri, Pelajar...

SEORANG pelajar perempuan dari sebuah universiti di China, nekad menyediakan makanan palsu sebagai...

‘Tolong’ Balas Mesej Di...

KEJAM.. seorang lelaki dari Korea Selatan telah menyamar menjadi teman wanitanya selama dua...

“Saya Dijemput Untuk Jumpa Mahathir” – Dedah Zahid

BONGKAR… Setelah timbul pelbagai spekulasi liar mengenai isu pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad, akhirnya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tampil dedah cerita sebenar.

Sebelum ini gara-gara pertemuan tertutup itu, ada kalangan ahli UMNO hentam Naib Presiden UMNO yang jalan tugas Presiden UMNO kerana dakwa beliau ‘terhegeh-hegeh’ menghadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tersebut.

Jika ikut cakap-cakap politik ‘kedai kopi’ yang tersebar tular pula mendakwa konon beliau yang memohon untuk mengadakan sesi pertemuan itu di pejabat Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 7 Jun lalu.

Persepsi lebih buruk apabila Mahathir yang diminta mengulas berhubung pertemuan itu mendakwa konon Ahmad Zahid datang jumpanya untuk dapat nasihat cara urus UMNO selepas kalah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Secara kebetulan, Ahmad Zahid sendiri pula tidak buat apa-apa kenyataan media selepas pertemuan itu kerana terus bergegas ke Makkah untuk tunai ibadah umrah minggu akhir Ramadan dan kembali sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Namun ekoran pelbagai tohmahan dan putar belit mengenai isu itu, demi memberi gambaran sebenar, Ahmad Zahid akhirnya buat julung kalinya telah menceritakan mengenai kisah di sebalik pertemuan dengan Mahathir.

Bekas timbalan perdana menteri itu menjelaskan demikian semasa berucap dalam majlis ramah mesra calon-calon untuk pemilihan jawatan UMNO anjuran pihak Badan Perhubungan UMNO Selangor di Shah Alam, lewat Rabu.

Ahmad Zahid yang bertanding jawatan Presiden UMNO dicabar Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin berkata: “selepas (pertemuan) itu saya mengerjakan umrah dan tidak ada follow-up statement yang keluar.”

Mengulas dengan lebih lanjut, beliau juga akan menjelaskan mengenai hal berkenaan dalam pertemuan bersama-sama semua ahli UMNO di negeri-negeri lain selepas ini sambil berkempen untuk pemilihan jawatan parti itu.


Bagaimanapun beliau secara tegas mendedahkan bahawa bukan dirinya yang minta diadakan pertemuan dengan Perdana Menteri sehingga dikritik ramai kalangan tokoh UMNO konon terpaksa ‘melutut’ mohon ihsan Mahathir.

Sebaliknya kata Ahmad Zahid: “Saya dijemput untuk bertemu!”… Beliau juga mendedahkan semasa pertemuan itu, Mahathir dengan optimis telah meminta semua Ahli Parlimen BN terutama UMNO untuk menyertai PPBM.

“Saya kemudian jawab dengan tegas bahawa tidak ada jalan pintas bagi kita untuk menyertai parti kecil berkenaan. Saya tidak rela UMNO pula dibubarkan semata-mata untuk capai matlamat politik seseorang.

“Mana mungkin UMNO yang ada 54 Ahli Parlimen… Mereka (PPBM) pula cuma 13 orang. Ibarat ular lidi hendak telan ular sawa,” kata Ahmad Zahid dalam nada penuh sindiran kepada pelawaan pelik oleh Mahathir tersebut.

Beliau bahkan memberi jaminan akan tetap ‘jaga jemaah’ seperti yang diamanahkan ke atas dirinya iaitu untuk menjalankan tugas presiden parti buat masa ini setelah Datuk Seri Najib Tun Razak berundur pada bulan lalu.

Tambah Ahmad Zahid lagi, mandat yang diberi kepadanya ialah mandat en bloc yakni Barisan Nasional dan UMNO akan terus teguh pertahan komponen parti tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori