Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Khemah Mangsa Bencana Di...

KOTA PALU (Sulawesi) - Belum usai menarik nafas lega selepas kejadian gempa dan...

Pesawat B787 Dreamliner Royal...

KUALA LUMPUR - Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melakar satu lagi peristiwa bersejarah...

Kim Swee Intai Aksi...

PETALING JAYA - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee merancang...

Betul Ke Vitagen Boleh...

Baru-baru ini, satu kisah tragik heboh diperkatakan di media sosial apabila seorang individu...

Segelintir Peniaga Masih Belum Tukar Tanda Harga

KUALA LUMPUR – Ada peniaga didapati masih belum menukar sepenuhnya tanda harga pada barang jualan, selepas pelaksanaan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang bermula sejak 1 Jun lepas, kata Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Gombak, Anuar Zaidi Mohd Ramli.

“Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati, hampir kesemua peniaga mematuhi arahan yang dikeluarkan iaitu menukar kadar sifar GST pada sistem dan resit mereka.

“Saya juga meminta agar orang ramai dapat menyalurkan aduan kepada kami sekiranya mendapati peniaga-peniaga ini masih gagal mematuhi arahan,” katanya kepada pemberita selepas Ops Catut 4.0 di sini hari ini.

Peniaga diberi tempoh selama 30 hari bermula 1 Jun, bagi mengemaskini tanda harga berdasarkan kadar sifar peratus GST, dan sekiranya gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Setakat ini beliau hanya menerima tujuh aduan.


Beliau berkata antara aduan membabitkan premis didapati masih mengekalkan harga mengikut kadar enam peratus dan menaikkan harga barangan bagaimanapun hanya melibatkan pengeluaran surat amaran dan tiada sebarang notis dikeluarkan.

Sebanyak 40 premis diperiksa sepanjang operasi berkenaan termasuklah kedai alat tulis, kedai elektronik, restoran, kedai runcit, farmasi dan kedai menjual alatan kereta dan motor. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

Kategori