Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Moratorium, ‘Overlapping’ Usahawan TEKUN...

KUALA LUMPUR - TEKUN Nasional menawarkan Inisiatif Prihatin Banjir kepada usahawan TEKUN yang...

Kes Bunuh Tapah: Reman...

TAPAH - Mahkamah Majistret hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari lagi...

Kit Siang Diminta Bertanding...

BUTTERWORTH – Seorang bekas pengerusi cawangan DAP hari ini meminta penasihat DAP, Lim...

Polis Adakan Latihan Simulasi...

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan menjalankan latihan simulasi sebagai persediaan menghadapi Pilihan...

Senarai Akhir Calon Pemilihan UMNO Umum Rabu

UMNO menangguhkan pengumuman senarai akhir calon yang layak bertanding dalam pemilihan parti itu sehingga Rabu ini.

Lapor Berita Harian, pengumuman senarai akhir calon akan dilakukan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang dijangka dibuat pada hari sama.

Ketua Setiausaha Bahagian UMNO, Datuk Norazuwan Aziz, berkata proses saringan bakal calon di Jabatan Insolvensi memerlukan masa dua hari lagi.

“Saya ingatkan wakil calon dan calon, ini bukan senarai mutakhir, mungkin akan berlaku nombor yang lompong atau kosong. Kita perlu menilai status kredit calon seperti yang termaktub dalam Fasal 9A Akta Pertubuhan 1966 yang melarang individu bankrap memegang sebarang jawatan dalam parti,”

“Mana-mana calon yang mahu menarik diri, boleh berbuat demikian sebelum Rabu ini,” katanya ketika membuat cabutan nombor giliran calon Jawatankuasa Puteri UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, beliau mengumumkan Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan bakal dicabar EXCO Puteri, yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa, Nor Hazreena Mohamad Hashim bagi jawatan ketua.


Manakala, bagi jawatan Naib Ketua Puteri, seramai tujuh calon menawarkan diri.

Pemilihan bagi jawatan tertinggi parti akan diadakan pada 30 Jun manakala pemilihan sayap (Pemuda, Wanita dan Puteri) akan diadakan pada 23 Jun. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori