Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kepelbagaian Latar Belakang Harus...

PASIR PUTEH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Khalid Tawar 51 Jawatan...

Kerajaan Selangor memutuskan semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedia ada...

Sultan Johor Terima Sijil...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima Sijil Kelayakan...

Raja Perlis Gesa Stesen...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa kurang senang...

Serangan Saudi, UAE Burukkan Situasi Yaman

RAMADAN yang berbaki dua hari lagi dan Syawal yang bakal menjelang dilalui dengan lebih banyak penderitaan oleh rakyat Yaman apabila pertempuran besar terbaru bermula pagi tadi.

Tentera pakatan dikuasai Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memulakan serangan ke atas bandar pelabuhan Hudaydah, dalam usaha untuk merampas kawasan strategik, menewaskan Houthi dan meletakkan semula kerajaan asal yang disokong kedua-dua negara itu.

Serangan tentera pakatan ke atas Hudaydah di pantai Laut Merah sebelah barat Yaman itu bakal memburukkan lagi keadaan yang sudah sedia sukar di negara dilanda perang itu.

Hudaydah menjadi semakin penting kepada Yaman kerana pakatan diketuai Arab Saudi turut mengenakan sekatan laut, udara dan laut ke atas negara itu.

Sekatan itu dilonggarkan pada penghujung 2017, tetapi tidak banyak membantu kerana bantuan masih sukar untuk masuk dan diedarkan di dalam Yaman.

Hudaydah dikuasai Houthi sejak berjaya mara hingga menewaskan kerajaan dan memaksa Presiden Abdrabuh Mansour Hadi melarikan diri ke Arab Saudi dan bandar Aden di selatan dijadikan pusat pentadbiran sementara kerajaan.

Serangan udara dengan sokongan tentera Yaman di darat bermula awal pagi Rabu, merupakan pertempuran terbesar sepanjang konflik sejak lebih tiga tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, kerajaan dalam buangan mengatakan “usaha menyingkir Houthi dari pelabuhan Hudaydah melalui cara aman dan politik telah gagal.

“Pembebasan pelabuhan Hudaydah ialah titik penting dalam perjuangan kami untuk menawan semula Yaman daripada pihak militia yang telah merampas negara ini untuk kepentingan kuasa asing,” tambah kenyataan itu, merujuk kepada Iran yang didakwa menjadikan Houthi proksi.

Pakatan mendakwa pelabuhan itu digunakan untuk menyeludup senjata kepada Houthi yang disokong oleh Iran.

Iran dipersalahkan dalam konflik ini, tetapi perang yang sudah berlanjutan hingga mengorbankan orang awam ini dimulakan oleh Arab Saudi dan UAE.

Serangan diketuai Saudi dan UAE itu bermula tidak lama selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran di Kongres Amerika Syarikat tentang pengaruh Iran di Yaman.

Operasi ketenteraan Arab Saudi dan UAE di Yaman ini juga mendapat sokongan daripada AS dan Britain, yang membekalkan senjata dan sokongan lain termasuk perisikan kepada pakatan Arab itu.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pemerhati memberi amaran bahawa serangan ke atas Hudaydah akan mengakibatkan keadaan menjadi lebih buruk di Yaman.

Seramai 600,000 orang yang tinggal di Hudaydah dan kawasan sekitarnya bakal berdepan bencana lebih buruk akibat pertempuran ini.

Hudaydah ialah laluan 70 peratus import makanan dan bahan bakar ke Yaman, tetapi terjejas ekoran perang.

Dalam satu insiden, serangan udara tentera diketaui Arab Saudi pada 2015 memusnahkan kren pengangkut di pelabuhan itu, dan dipulihkan kemudian dengan bantuan PBB.

Tentera pakatan meneruskan serangan untuk merampas kawasan strategik itu dari Houthi, selepas rundingan dibantu PBB gagal mencapai kata putus.

Yaman sudah pun mengalami krisis kemanusiaan dan korban perang berjumlah ratusan ribu orang sejak perang bermula pada awal 2015 selepas kumpulan pemberontak Houthi menawan ibu negara, Sanaa.

Houthi yang berkubu di utara Yaman mara dengan disokong tentera yang setia dengan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh hingga berjaya menguasai sebahagian besar wilayah Yaman didiami majoriti warganya.

Wilayah dikuasai Houthi itu juga ialah wilayah yang wujud sebagai Republik Yaman di sebelah utara sebelum penyatuan dengan Yaman Selatan pada 1990.

Hudaydah ialah pelabuhan terbesar Yaman, menjadi laluan masuk bantuan kemanusiaan antarabangsa ke negara dilanda perang itu, terutama bantuan makanan dan perubatan.

Arab Saudi dan UAE telah lama berusaha untuk menawan pelabuhan ini dan menghalau kumpulan Houthi yang menguasai kawasan strategik itu.

Pelabuhan Aden di selatan dikuasai oleh UAE, yang juga menguasai seluruh wilayah sebelah selatan termasuk Kepulauan Socotra yang tidak dilanda perang. – Mynewshub.cc

Kategori