Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tiba Untuk Lawatan...

KUCHING - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba pagi ini untuk menghadiri...

Malaysia Tak Mampu Sendirian...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sendirian tidak...

JDT Selangkah Pertahan Kejuaraan...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan...

Taufan Mangkhut Tunggu Masa...

MANILA - Taufan kuat semakin mendekati Filipina semalam, memaksa ribuan penduduk berpindah menjelang...

Setahun Senyap, Elizabeth Guna ‘Khidmat’ Hael Pula

SELEPAS lama menyepi daripada dunia nyanyian, kini penyanyi tinggi lampai, Elizabeth Tan bakal muncul dengan lagu baharu ciptaan komposer ‘rebutan’ ramai iaitu Hael Husaini.

Kali ini, Elizabeth benar-benar berharap agar single baharu berjudul Police Entry itu berjaya menarik hati peminatnya agar tuah dapat menyebelahi dirinya kali ini.

“Ini pertama kali saya menggunakan khidmat Hael dan Ezra. Lagu Police Entry akan dilancarkan Julai depan.

“Ketika ini, persiapan sedang dibuat untuk melakukan penggambaran klip video yang akan saya arahkan sendiri,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Hael Husaini

Boleh dikatakan hampir setahun Elizabeth berehat daripaada dunia nyanyian dan memberi fokus kepada dunia lakonan yang kini membuatkan namanya naik sebagai seorang pelakon.

Malah, tahun ini juga penyanyi lagu Knock Knock itu dikatakan bercadang untuk tampil dengan tiga single Melayu.

“Selepas Police Entry, saya akan melancarkan single kedua, Oktober depan. Ini disusuli single ketiga pada akhir tahun atau awal tahun depan,” tambahnya.

Bagi penyanyi yang mula dikenali daripada laman YouTube itu lagi, dia akan mula untuk memberi fokus kepada apa sahaja yang mahu dilakukannya sebagai seorang artis.

Dalam masa yang sama, selama empat tahun bergelumang dengan dunia seni membuatkan Elizabeth belajar banyak perkara sehingga membuatkan dia mahu lebih serius dalam bidang seni suara.


Tambahnya lagi, rentak kariernya seperti baru bermula apaila dia kini lebih tahu apa yang dimahukan berbanding sebelum ini dia hanya menurut.

Lebih-lebih lagi  selepas dia bernaung di bawah syarikat Warner Music, barulah banyak projek dapat dilaksanakan olehnya berbanding sebelum ini ketika dia hanya berdiri sendiri tanpa mempunyai pihak pengurusan.

“Dulu saya hendak buat banyak benda, tapi sukar melakukannya sendirian.

“Baik bidang lakonan dan nyanyian, saya perlu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik. Ada yang memuji dan ia menjadi pembakar semangat.

“Saya perlu sebut dengan betul untuk mencetuskan emosi diingini dalam watak… Diakui, ia bukan sesuatu yang semulajadi buat saya,” ujarnya lagi.

Elizabeth dan Zul Arififn ketika berlakon dalam filem Misteri Delaila.

Bagaimanapun, sebagai penggiat seni, dia mahukan sesuatu yang mencabar dalam melaksanakan sesuatu tugasan dan berharap untuk berlakon dalam mana-mana naskhah Bahasa Inggeris yang sememangnya mudah dikuasai olehnya. – MYNEWHSUB.CC/AH

Kategori