KERAJAAN Sabah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal digesa supaya meneruskan perjuangan menuntut kembali hak Sabah menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, isu berhubung perkara itu sudah dibincangkan sebelum penutupan persidangan DUN lalu dan diharap dapat direalisasikan.
Katanya, MA63 amat penting untuk Sabah dan ia perlu dikembalikan kepada rakyat Sabah.
āSaya menaruh harapan tinggi supaya kerajaan negeri akan meneruskan perjuangan ini untuk Sabah.
āHari ini, ada tiga kementerian baharu diwujudkan bagi memenuhi isi kandungan dalam MA63. Syabas dan tahniah, itu adalah kehendak dan harapan rakyat Sabah,ā katanya dalam ucapan ringkas ketika memulakan persidangan khas DUN Sabah, hari ini.
Tiga kementerian terbabit ialah Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri; Kementerian Pelajaran dan Inovasi; Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Rakyat.
Syed Abas turut mengucapkan tahniah kepada semua ADUN yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan berharap mereka dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
Katanya, walaupun sebilangan besar ADUN adalah muka baharu dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat, beliau percaya gandingan baharu dan lama akan dapat memberikan yang terbaik untuk negeri itu.
āSaya berharap Yang Berhormat semua dapat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan pembentangan dengan tertib selaras peraturan DUN supaya persidangan dapat dijalankan dengan teratur dan lancar,ā katanya. – myMetro Online