Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Najib Gembira Panda Di...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menerusi Twitternya memaklumkan beruang...

Ribuan Protes Perkahwinan Sesama...

WASHINGTON – Beribu-ribu orang termasuk pemimpin agama menyertai perarakan di sini untuk menentang...

Apakah Realiti Sebenar di...

Semalam Ketua Menteri Melaka telah membuat keputusan pelik apabila mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu...

Tindakan Ganas Tidak Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan perlunya untuk umat Islam di...

Shiha Zikir Minta Bakat Muda Jangan Mudah Putus Asa

PENYANYI Shiha Zikir mengakui berasa terkilan dengan segelintir bakat muda sanggup mensia-siakan peluang berharga apabila dilihat mudah mengalah ketika berdepan dugaan untuk cipta nama.

Dipetik beberapa portal hiburan tempatan, pemilik nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir itu berkata amat rugi buat penyanyi muda yang diberi peluang serta dikurniakan bakat hebat jika mudah bersikap putus asa.

Sehubungan itu, Shiha menasihati serta meminta agar penyanyi muda yang sedang meningkat naik agar mencontohi sikap penyanyi lama untuk terus bangkit bersemangat mengejar impian dan cita-cita.

“Untuk adik-adik, harap dapat kuatkan semangat. Ramai yang nak tengok kita jatuh tapi hanya kita sendiri mampu tolong diri sendiri.

“Belajar sikap orang-orang lama iaitu sentiasa merendah diri, hormat orang lain dan terima teguran dengan dada yang lapang. Jangan sia-siakan bakat dan ingat pengorbanan keluarga, diri-sendiri dan peminat.

“Abaikan kata-kata netizen yang mungkin punya banyak masa terluang dan kurang kasih sayang itu. Orang bagi benda buruk, kita balas benda baik,” katanya dipetik Harian Metro.

Shiha Atau Nama Sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir.

Dalam pada itu, Shiha mengakui dia juga pernah terdetik untuk berhenti menyanyi tetapi semangat yang mahu terus berjuang memberinya kekuatan untuk harungi setiap cabaran malah menjadikan ia pengajaran terbaik buatnya.

“Saya pernah berkali-kali melalui dugaan, malah kalau diikutkan kata hati, sudah lama saya berhenti. Pernah apabila bersalaman, muka saya langsung tidak dipandang.


“Saya juga pernah ditikam dari belakang oleh kawan sendiri, selain disindir. Ada rakan artis memberitahu, saya tidak layak berada dalam industri.

“Disuruh balik dari studio kerana kru tersalah panggil sebagai artis jemputan juga pernah saya lalui. Tetapi, saya jenis tidak putus asa.

“Saya tahu apa yang saya mahukan dan sedar perjalanan untuk sampai ke tahap ini bukan mudah. Saya belum lagi mencapai tahap yang membuatkan saya berpuas hati, tetapi saya bersyukur masih ada dalam industri. Semua itu pengajaran berharga,” ujarnya dipetik BH Online.

Baca: “Haqiem Kecewa, Kawan Baik Tikam Belakang” – Ibu

Shiha berkata demikian selepas penyanyi, Haqiem Rusli mengejutkan orang ramai apabila memberi ‘bayangan’ seolah-olah dirinya akan bersara daripada bidang nyanyian selepas berdepan masalah kemurungan pada 16 Jun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori