Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

31 Warga Indonesia Ditahan...

JOHOR BAHARU - Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk...

Malaysia Laksana R&D Untuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan...

William-Kate Dapat Anak Kedua,...

LONDON - Duke of Cambridge, Putera William Arthur Philip Louis, 32 tahun; dan...

Annuar Musa Ketua Penerangan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan...

“Sita Barang Mewah Hanya Untuk Beri Persepsi Buruk”

BONGKAR… Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penyitaan beg tangan serta barangan mewah lain dari kediaman yang konon dikaitkan dengannya hanya untuk menimbulkan persepsi negatif terhadapnya.

Menurut bekas perdana menteri itu, kebanyakan barangan yang dirampas itu merupakan hadiah yang diberikan kepada isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga anak perempuannya.

Ujar Najib lagi, Rosmah dan anaknya itu langsung tiada kena mengena dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika rampasan tersebut dibuat konon berhubung isu berkenaan.

Najib memberitahu bahawa menantunya, Daniyar Nazarbayev, yang merupakan anak saudara kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev banyak memberikan hadiah kepada Rosmah.

“Orang mungkin sukar untuk memahami, tetapi menantu saya misalnya, dia mendapat Birkin secara langsung daripada sumbernya, lima atau enam pada satu masa.

“Keluarganya mempunyai beberapa cara (mendapatkannya), jadi tidak ada kaitan dengan 1MDB jika ia (beg) berasal dari Kazakhstan,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama agensi berita Reuters.

Lucunya, pihak penyiasat pula yang melihat kepada kes 1MDB berpendapat bahawa Najib dan Rosmah kononnya pernah mengumpul banyak kekayaan mereka dengan menggunakan dana rahsia kerajaan.

Hampir 300 kotak mengandungi beg berjenama dan berpuluh-puluh lagi beg dipenuhi wang tunai merupakan antara barang yang disita pihak polis dalam serbuan pada malam awal bulan Ramadan lalu.

Najib menjelaskan bahawa kebanyakan barang yang dirampas itu merupakan hadiah perkahwinan untuk anak perempuannya, malah kebanyakan cenderamata tersebut telah mempunyai tag dan ditanda khas.

“Ya, semua itu adalah hadiah, terutama barangan milik anak perempuan mereka yang kebanyakan ditanda. Barangan itu sebenarnya dilabelkan, bila ia diberikan dan daripada siapa,” ujar Najib.


Antara barang yang menjadi perhatian orang ramai tentunya beg tangan jenama Birkin yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar barang mewah, Hermes yang masing-masing bernilai ratusan ribu dolar Amerika Syarikat.

Di samping itu, Najib menjelaskan bahawa wang RM114 juta ditemui di rumah keluarganya di Kuala Lumpur adalah dana kepunyaan UMNO, yang mana beliau selaku presiden parti sebelum meletakkan jawatan bulan lepas.

UMNO merupakan parti komponen utama dalam blok Barisan Nasional yang tewas ketika pilihan raya umum pada 9 Mei lalu akibat permainan persepsi negatif berjaya ditularkan pihak jentera siber Pakatan Harapan.

Datuk Seri Najib Tun Razak Ketika Mengumumkan Perletakan Jawatan Sebagai presiden UMNO.

Namun lebih kelakar, pendakwa Amerika Syarikat (AS) dalam pada itu mendakwa lebih daripada AS$4.5 bilion dana 1MDB konon telah diubah secara haram menerusi urus niaga yang kompleks dan rumit.

Jabatan Kehakiman AS (DoJ) juga telah memfailkan beberapa tindakan undang-undang untuk menuntut kira-kira AS$1.7 bilion aset yang kononnya dipercayai telah dicuri daripada akaun 1MDB.

Antara aset dicari termasuklah lukisan Picasso, hartanah mewah di California dan New York, saham dalam syarikat produksi Hollywood, kapal layar bernilai AS$265 juta serta barang kemas lebih AS$200 juta – termasuk loket berlian merah jambu 22 karat.

Bagaimanapun, Najib berkata, set barang kemas itu bertujuan untuk dijadikan hadiah buat isterinya sendiri namun sehingga kini Rosmah pun tidak pernah menerima barangan mewah berkenaan.

“Saya tidak tahu dari mana sebenarnya sumber dana untuk barang itu. Dan sehingga hari ini kita tidak tahu (di mana barang berkenaan), dia (Rosmah) mengatakan barang itu tidak berada dalam simpanannya,” jelas Najib. – MYNEWSHUB.CC

Kategori