Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Denda RM10 Jika Buang...

DUNGUN - Majlis Perbandaran Dungun (MPD) akan mengenakan kompaun sebanyak RM10 kepada mereka...

Muhyiddin Semakin Keliru Sejak...

Tan Sri Muhyiddin nampaknya semakin keliru semenjak tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan...

Inkues Adib: KPKT Sahkan...

SHAH ALAM - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesahkan menerima sepucuk surat...

Gelandangan KL Sertai Program...

KUALA LUMPUR - Lebih 100 orang gelandangan di sekitar ibu negara menawarkan diri...

Siti Nurhaliza Pula Temui Majlis Penasihat Kerajaan

PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hari ini menemui Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) di Menara Ilham.

Penyanyi bergelar jutawan itu dijangka untuk memberi penerangan kepada MPK berhubung industri muzik negara, keusahawanan dan juga penggunaan media sosial secara umum.

Penyanyi berusia 39 tahun itu tiba berpakaian baju kurung moden berwarna biru cair.

MPK yang dipengerusikan Tun Daim Zainuddin ditubuhkan pada 12 Mei lalu untuk memberi nasihat berhubung ekonomi dan kewangan kerajaan.

Selain Daim, MPK dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka, Prof. Jomo Kwame Sundaram.


Majlis berkenaan mengadakan mesyuarat harian bersama syarikat berkaitan kerajaan, ketua agensi. – myMetro Online

Kategori