Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Zii Jia Kempunan Ke...

KUALA LUMPUR – Bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kempunan untuk melangkah...

Tambang Perkhidmatan E-hailing Dijangka...

KUALA LUMPUR - Pengguna perkhidmatan e-hailing dijangka berdepan kenaikan kadar tambang serta tempoh...

Kadar Kesuburan Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Kadar kesuburan di Malaysia menurun daripada 1.9 anak pada 2017 kepada...

Izreen, Erra Tak Bincang...

PETALING JAYA - Pelakon Izreen Azminda memberitahu dia tidak pernah membincangkan dengan Erra...

Snek Kentang Goreng Belgium Saingi Perancis

BRUSSELS – Secara umumnya, snek kentang goreng atau disebut juga sebagai French fries adalah hidangan yang cukup digemari oleh kebanyakan masyarakat moden di seluruh dunia.

Keranggupannya dimakan ketika sedang panas bersama-sama sedikit garam membuatkan menu ringkas ini sukar ditolak oleh sesiapa pun baik golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Bagaimanapun ketika kebanyakan orang menganggap kentang goreng sebagai makanan ringan yang enak, menu ini sebenarnya dianggap cukup istimewa oleh penduduk Belgium sendiri.

Negara maju yang terletak di barat benua Eropah itu malahan mengangkat kentang goreng tempatan yang dimakan bersama sos mayonis sebagai sajian pilihan mereka sejak ratusan tahun dahulu.

Bahkan, setiap jalan di sekitar Belgium terutama di kawasan tumpuan pelancong dipenuhi banyak gerai jualan kentang goreng. Menurut sejarah, sajian kentang goreng ini dicipta pada tahun 1830.

Ia dipercayai berasal dari Perancis tetapi terdapat pertikaian mengatakan bahawa ia sebenarnya terhasil di bandar Namur, Belgium, yang menggunakan bahasa Perancis sebagai perantaraan.

Enggan mengalah dengan Perancis, kerajaan Belgium tampil mencari jalan agar hidangan popular setempat itu yang digelar ‘fritkot’ di negara tersebut lebih masyhur berbanding French fries.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Belgium mengambil keputusan drastik untuk mengubah wajah sebahagian daripada gerai jualan kentang goreng terutamanya di sekitar ibu negara, Brussels.

Sebagai permulaan, lapan buah gerai jualan fritkot milik pihak perbandaran Brussels telah ditutup buat sementara waktu. Ia dijangka dibuka semula sekitar penghujung tahun 2019 depan.

Antara lokasi yang terlibat adalah gerai yang terletak di luar Muzium Atomium, Place De La Chapella berdekatan pasar barangan antik dan bangunan peninggalan sejarah Mont des Arts.

Menurut perancangan pihak kerajaan, kesemua gerai tersebut bakal ditransformasikan untuk menjadi gerai mewah yang dilitupi susunan cermin kaca berkilau serta dihiasi lampu bergemerlapan.

Pegawai Kanan Hal Ehwal Ekonomi Brussels, Marion Lemesre menyifatkan pembaharuan yang bakal ditampilkan ini sebagai perkara yang dapat menguntungkan negara terutamanya dari segi pelancongan.


“Kami mahu menjadikan gerai kentang goreng tempatan sebagai ikon Belgium sama seperti pondok telefon berwarna merah yang menjadi tumpuan pelancong di London,” ujarnya.

Terdahulu, pemerintah Brussels turut menganjurkan pertandingan bagi mendapatkan rekaan terbaharu gerai jualan kentang goreng mereka dengan menggunakan tema Fritkots of the Future.

Pertandingan unik julung kali tersebut dimenangi oleh Studio Moto. Mereka sebenarnya ialah sebuah firma arkitek yang terletak di Ghent, sebuah bandar besar di utara Belgium.

Pemilik Studio Moto, Mo Vandenberghe dan Thomas Hick mengakui berdepan kesukaran dalam menghasilkan rekaan dan konsep terbaik bagi merealisasikan misi besar tersebut.

“Fritkot merupakan sebahagian budaya Belgium. Sebelum ini, tiada standard warna ditentukan. Kini, kami perlu memastikan rekaan dihasil lebih moden namun boleh diterima semua orang terutama warga Belgium sendiri.

“Selain cermin kaca dan efek lampu mewah, kami turut memilih dua warna unik bagi setiap lokasi. Warna pertama akan digunakan pada papan tanda dan selebihnya sebagai warna hiasan dalaman,” katanya.

Usaha tersebut ternyata mendapat sokongan daripada pengendali gerai yang terlibat. Antaranya ialah Vuistema Kemal yang sudah hampir dua dekad bekerja sebagai pengendali gerai di Place De La Chapelle.

“Tanpa kentang goreng, Belgium tidak wujud. Saya percaya bahawa imej gerai yang lebih cantik dan tersusun di ibu negara akan membantu untuk meletakkan kentang goreng kami di peta dunia.

“Kami bukan ingin menghasilkan menu baharu, tetapi mahu dunia mengetahui bahawa kentang goreng berasal dari Belgium,” tegas kepada agensi berita antarabanga AFP. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori