Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

UPM Reka Perabot Berbentuk...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pensyarah dan pelajar Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) Universiti...

MOF Senaraikan 101 Projek...

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mengeluarkan senarai kementerian dan jabatan yang mendapat kelulusan perolehan kerajaan...

Hampir 120,000 Unit Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 119,933 unit rumah di bawah Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA)...

Jam Tangan Mewah: Tindakan...

BANGKOK – Apa juga tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Prawit Wongsuwan yang...

SPRM Nafi Beri Kenyataan Isu Penyelewengan, Rasuah

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah di Kelantan.

Menerusi kenyataan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan suruhanjaya itu untuk menular kenyataan tersebut baru-baru ini.

“Tindakan tersebut dilihat sebagai ingin mencemarkan reputasi SPRM.

“Ingin ditegaskan bahawa SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan tidak menular berita yang tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi SPRM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori