Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MHO Gesa Hentikan Pencerobohan...

PETALING JAYA : Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa dan memberikan tekanan...

Jangan Ada Budaya ‘Burung...

PASIR SALAK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan...

Setiap Nyawa Rakyat Sangat...

“SAYA bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari, (dan) saya juga bertuah kerana anda semua...

Bos Besar Turun Edar...

PEKERJA-PEKERJA Tencent Holdings sanggup menunggu di luar ibu pejabat gergasi internet itu di...

Status Persembahan Tarian Perlu Rujuk Dulu Mufti

SEBELUM memutuskan untuk menerus atau mengharamkan persembahan tarian pada majlis rasmi, kerajaan Terengganu mahu mendapatkan pandangan mufti dan merujuk kerajaan negeri Kelantan terlebih dahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata garis panduan persembahan tarian kebudayaan di negeri ini sedang diteliti oleh pihak kerajaan negeri.

Baginya, masih terlalu awal untuk memutuskan hal tersebut dan belum boleh memperincikan garis panduan yang akan ditetapkan.

“Kita masih dalam proses mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak terutama Mufti Terengganu sendiri mengenai garis panduan persembahan kebudayaan di Terengganu.

“Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan pensyarah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk mendapatkan pandangan daripada mereka dan mengadakan perbincangan dengan Kelantan bagi merujuk apa yang dilaksanakan negeri itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas taklimat mengenai status cadangan projek jalan berkembar fasa dua dari Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) ke Taman Shahbandar, dan status terkini Amphicoach bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir Che Kamaruddin Bahar dan Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.


Tambahnya, setiap persembahan kebudayaan di Terengganu mestilah tidak melanggar syariat Islam dan bersesuaian dengan ajaran Islam dan budaya masyarakat setempat.

“Kita akan rujuk pada Kelantan walaupun kebudayaan kita berbeza. Misalnya, di Terengganu kita ada tarian gamelan, di Kelantan tidak ada. Kelantan lebih kepada Mak Yong. Justeru kita akan bincang dan teliti perkara ini,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori