MERIAH… Pada hari yang cerah di Sydney, Australia, kelihatan Curtis Bennett bersedia membuat ayunan kapak terakhirnya di atas sebatang kayu balak di antara dua kakinya.
Kayu itu kemudian terbelah dengan bunyi retak yang kuat, mencetuskan sorakan tepukan gemuruh dari penonton remaja. Curtis, 18, merupakan salah seorang bintang yang meningkat naik dalam sukan memotong kayu Australia.
Permainann yang sudah berusia berabad-abad lamanya tersebut sedang menikmati kebangkitan semula dengan lebih ramai golongan wania dan kanak-kanak cuba bersaing dalam aktiviti yang didominasi kaum lelaki itu.
Ayahnya, Simon Bennett, 52, mengatakan bahawa sukan itu telah menarik lebih ramai peserta wanita termasuklah anak perempuannya sendiri, Madii, berusia 25 tahun untuk bersaing.
“Ia mungkin tidak begitu popular seperti yang ada pada masa sekarang,” katanya kepada AFP di rumahnya di Majors Creek, sebuah perkampungan kecil kira-kira 300 kilometer di selatan Sydney.
“Kami mungkin adalah salah satu daripada kumpulan terbaik daripada golongan muda lelaki kapak selama bertahun-tahun… Sukan ini mendapat tempat yang sangat baik dalam hati masyarakat.”
Akar umbi bagi sukan ini berasal dari pulau benua penempatan Eropah pada kira-kira dua abad lalu. Mereka menghadapi kesukaran hidup dalam kawasan semak belukar Australia yang begitu tebal di pantai timur.
Justeru peneroka awal kemudian menyedari bahawa mereka terpaksa memotong kayu untuk melapangkan tanah bagi kegiatan pertanian dan pembinaan rumah.
Ilmu mengenai cara pembuatan kapak dan gergaji telah diturunkan daripada satu generasi ke generasi lain. Tidak lama selepas itu, kemahiran ini menjadi satu permainan bagi golongan muda, yang begitu diminati di negara itu.
Berikutan dengan kisah dongeng itu, sebuah pertandingan memotong kayu telah diadakan buat pertama kalinya di negeri pulau selatan Tasmania pada tahun 1870 apabila dua lelaki yang berada di kedai minum bertaruh £25.
Ini untuk melihat siapa yang boleh menjatuhkan sepohon pokok dengan pantas. Sukan ini telah tersebar dengan cepat di seluruh negara itu, sehingga wujud Sydney’s Royal Easter Show.
Ia sebuah acara tahunan yang mempamerkan gaya hidup luar bandar Australia dan acara memotong kayu diperkenalkan pada tahun 1899 yang menarik beratus-ratus peserta dan penonton dari seluruh dunia setiap tahun.
Bahkan ia kemudian telah menjadi ‘acara pertandingan memotong kayu Wimbledon’, kata Bennet, sambil menunjukkan hakim Don Brown, seorang veteran dalam sukan tradisional tersebut.
“Kami ada semua juara dunia di sini kerana kami mengendalikan gelaran dunia di sini dan oleh itu ia telah menarik semua pesaing utama,” kata Brown kepada AFP. Sukan ini masih sebahagian besarnya berasaskan kekeluargaan.
Bennetts telah menjelajah seluruh Australia untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, membawa beberapa 120 kapaknya semasa dalam perjalanan. Sebahagian daripadanya diukir dengan nama keluarga mereka.
“Kami mereka bentuk kehidupan kami dengan sukan kami,” tambahnya yang menyukai hasil kerja Curtis dalam industri pembalakan. Keluarganya memang sudah serasi dengan kebanyakan pertandingan yang diadakan.
Setiap pertandingan akan dimasukkan dalam kalendar mereka. Kekuatan sebenar adalah penting bagi tukang atau pemotong kayu dan Len Bennett, 78, yang memenangi kejuaraan dunia pada tahun 1975.
Beliau mempunyai ketinggian lebih daripada dua meter tinggi dan berat 150 kilogram. Simon dan Curtis hanya berada di bawah dua meter tinggi. Malah bagi pembalak yang berpengalaman, setiap ayunan adalah sangat penting.
“Ia memang sukar,” kata Curtis, seperti yang dikatakan Madii: “Bahkan pada masa sekarang, apabila saya ambil kapak, saya akan mula menangis kerana tahu bagaimana sukar pertandingan ini. Segala-galanya akan terasa sakit.
“Ini melibatkan seluruh badan anda apabila anda melakukannya.” Mempunyai tubuh seperti ‘atlet’ juga adalah kunci utama, kata Simon, sambil menambah bahawa pertandingan memotong kayu ini ‘lebih teknikal daripada golf’.
“Ianya seperti seni. Anda tidak hanya berdiri dan memotong sebatang kayu. Anda mengayunkan kapak di hujung pegangan yang panjangnya 65 sentimeter dan beratnya 3.5 kilogram dan ianya perlu benar-benar tajam.”
Ledakan sukan ini dibantu peningkatan penajaan daripada ramai pemain lelaki dan wanita seluruh dunia. Pada acara Easter tahun ini, terdapat 69 acara berasingan dengan hadiah wang tunai Aus$230,000 ditawarkan. – AFP