Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

ADUN Permatang Pasir Nafi...

BUKIT MERTAJAM - Wakil tunggal PAS dalam kerajaan Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh...

KPKT Kaji Benarkan PBT...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji untuk menyelaraskan...

Trump Enggan Dengar Pita...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau enggan mendengar satu...

Polis Buru 4 Suspek...

SEREMBAN - Empat lelaki melarikan barang kemas dalam satu kejadian samun di sebuah...

Sultan Nazrin Berangkat Ke Program World #QuranHour

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke Program World #QuranHour (WQH) di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Ketibaan baginda disambut oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas presiden UIAM; Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik; Rektor UIAM, Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI), Datuk Hussamuddin Yaacob.

Sejurus tiba, Sultan Nazrin yang berbaju Melayu coklat, menyertai sesi bergambar bersama tetamu kehormat dan penganjur program di Galeri UIAM.

Baginda kemudiannya bersama-sama orang kenamaan lain menyertai program WQH, yang dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Nordin Ibrahim dan diikuti dengan bacaan Surah Ali ‘Imran ayat 103 hingga 105 oleh Anwar.

Program diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Sesi Solidariti Ngaji yang memberi peluang setiap peserta membaca al-Quran, berinteraksi dan melakukan refleksi diri, sebanyak satu muka surat seorang dalam tempoh lima minit.- BERNAMA

Kategori