Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sesaat ‘Microsleep’ Boleh Ragut...

KUALA LUMPUR – Bermula minggu depan, ramai perantau yang akan memandu pulang ke...

Rafizi Desak Rahman Saman...

PULAK DAH... Setelah kantoi memfitnah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Rafizi Ramli terpaksa...

Selfie Punya Pasal, Kulit...

GARA-GARA berselfie berdekatan dengan roda buaian yang sedang berputar, seorang remaja cedera selepas...

Masyarakat Masih Pandang Mudah...

KEMAMAN - Tahap kesedaran masyarakat dalam menjaga harta peribadi terutama kenderaan masih di...

Azmin Mengadap Sultan Selangor Esok

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, esok, bagi berbincang dan menyelesaikan masalah berkaitan pentadbiran negeri ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata pertemuan tersebut akan diadakan di Istana Bukit Kayangan di sini, pada pukul 11 pagi, iaitu sehari sebelum Mohamed Azmin dijadual berangkat menunaikan ibadah umrah selama seminggu bermula Rabu.

“Ia juga adalah pertemuan Mohamed Azmin sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 30 Mei lepas, Sultan Selangor berkenan untuk diadakan Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu pada tarikh berkenaan.

Ia adalah susulan Mohamed Azmin yang telah dilantik sebagai menteri besar untuk penggal kedua sebelum ini menyertai Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Antara wakil rakyat Selangor yang disebut-sebut bakal menggantikan Mohamed Azmin ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, ADUN Sungai Tua Amirudin Shari, ADUN Sungai Kandis Mat Shuhaimi Shafiei, ADUN Ijok Dr Idris Ahmad dan ADUN Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman. – BERNAMA

Kategori