Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Autisme Tidak Halang Aziq...

KUANTAN: Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), Muhammad Aziq Asri, membuktikan kekurangan dirinya bukan...

Aplikasi Cangkul Warrior Kini...

SEJAK kemunculannya di Play Store, hampir 1,000 pengguna telah memuat turut permainan 'Cangkul...

Ditahan Kerana Berlagak Sebagai...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang berlagak sebagai anggota polis trafik yang mengiringi...

Remaja Maut, Motosikal Rempuh...

DENGKIL : Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangi merempuh seekor kerbau di sini,...

Sultan Selangor Terima Menghadap Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu buat julung kalinya di Istana Bukit Kayangan di sini, sejak Anggota Parlimen Kota Raja itu dilantik sebagai menteri persekutuan pada 21 Mei lepas.

Sultan Sharafuddin ialah Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Turut menghadap baginda pada pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu ialah Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Mohamad, yang ditemui pemberita kemudian, berkata pelbagai topik disentuh baginda untuk perhatian Kementerian Pertahanan, antaranya berkaitan peralatan dan perolehan selain usaha untuk terus memperhebat TLDM.

“Baginda memberi nasihat yang cukup baik supaya kementerian melihat bagaimana untuk memastikan segala aset serta peralatan yang ada sentiasa diletakkan dalam mod siap siaga dan jika ada keperluan pembelian (aset dan peralatan baharu), ia mestilah sesuai dengan kehendak semasa angkatan laut di seluruh dunia.

Memandangkan Laut China Selatan kini menjadi perebutan kuasa besar, Malaysia (menerusi TLDM) harus sentiasa siap siaga, bukan untuk berperang tetapi sebagai kawalan untuk menjaga kedaulatan tanah air dan perairan negara yang begitu luas,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai isu Laut China Selatan, Mohamad berkata semasa menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) edisi ke-17 di Singapura baru-baru ini, pihaknya menekankan pendirian Malaysia sebagai sebuah negara berkecuali yang tidak menyokong sebarang konflik dibawa ke lautan itu.

Katanya perkara tersebut dibangkit dan dibincangkan dalam dialog yang disertai kira-kira 20 menteri pertahanan seluruh dunia termasuk Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis.

“Perairan negara yang melibatkan Laut China Selatan ini luas, disebabkan itu, kita tidak mahu apa-apa konflik antara kuasa besar dibawa ke sini. Kita patuh pada perjanjian Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan) hingga sekarang,” katanya. – BERNAMA

Kategori