Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

ABIM Puji Langkah Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan...

Guru British Puji Program...

KUALA LUMPUR - Graduan psikologi, Ekta Gupta mula mengenali program Bahasa Inggeris 1Malaysia...

Malaysia Tak Terkejut Trump...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak terkejut dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald...

Ikan Pias Mati Bukan...

MASJID TANAH : Jabatan Perikanan Melaka mengesahkan punca beribu-ribu bangkai ikan pias terdampar...

Switzerland Emosi Buru Tempat Pusingan 16 Terakhir

NIZHNIY NOVGOROD – Switzerland berlepas ke Nizhny Novgorod dalam usaha mencari mata yang akan menjamin tempat mereka ke pusingan 16 terakhir dan pada masa sama mahu cuba melupakan seketika masalah politik yang sedang membelenggu.

Semua mata pastinya tertumpu pada pertembungan Brazil dan Serbia esok, tetapi pada masa sama Switzerland turut mempunyai peluang untuk mengesahkan tempat 16 terakhir, malah mungkin sebagai juara Kumpulan E.

Menang atau seri ke atas pasukan yang sudah tersingkir, Costa Rica memadai buat Switzerland untuk mara.

Kemenangan besar pula akan melonjakkan mereka ke persada kumpulan dan berkemungkinan berdepan juara bertahan Piala Dunia, Jerman di pusingan kedua.

Dan sekiranya Brazil menumbangkan Serbia, Switzerland akan mara sekalipun tumpas kepada Costa Rica.

Walaupun menunjukkan prestasi dalam padang agak baik – seri 1-1 dengan Brazil diikuti kemenangan 2-1 ke atas Serbia – wujud masalah luar padang yang kronik.

Semalam, timbul kebimbangan mengenai hukuman gantung dua perlawanan yang mungkin dikenakan ke atas tiga pemain paling berpengaruh Switzerland – Xherdan Shaqiri, Granit Xhaka, dan Stephan Lichtsteiner.


Shaqiri dan Xhaka menyumbat gol ketika mengatasi Serbia dan kedua-dua pemain tengah itu meraikan jaringan dengan penuh provokasi apabila menayangkan simbol yang kelihatan seperti helang berkepala dua (Albania) sekali gus mungkin boleh menimbulkan ketegangan di kalangan nasionalis Serbia dan etnik Albania.

Lichtsteiner turut didakwa selepas menyertai keraian itu.

Berbanding mendakwa ketiga-tiga pemain berkenaan bagi pertemuan menentang Costa Rica atas kesalahan berunsur politik, FIFA sebaliknya memilih untuk mengenakan hukuman atas kelakuan ‘tiada semangat kesukanan’. – AFP

Kategori