Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Integriti Kakitangan Pos Malaysia...

JOHOR BAHRU - Sikap berintegriti yang diamalkan dalam kalangan kakitangan Pos Malaysia perlu...

Struktur Pakatan Harapan Tidak...

KUALA LUMPUR – Struktur pentadbiran politik Pakatan Harapan tidak sama seperti Barisan Nasional...

Jentera BN Akan Beri...

MUADZAM SHAH - Jentera Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin...

Dikecuali Duti Setem Saham...

SETAKAT ini, terdapat lebih 350 syarikat permodalan sederhana dan kecil tersenarai di Bursa...

Syawal Bermakna Buat Siti Nurhaliza, Datuk K…

KALI ini, sambutan lebaran penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bakal membawa 1,001 perbezaan serta menjadi lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung mereka.

Menurut Siti, beliau mengakui teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali pertama sebagai ibu dan bersama anak perempuannya, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga bulan.

Katanya, sambutan raya untuk kali ini sudah pasti memberi kelainan kerana sebelum ini selama 12 tahun dia beraya bersama suami dan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya memang teruja kerana 12 tahun saya beraya bersama suami sahaja. Dulu persiapan hanya untuk suami, anak-anak buah, duit raya dan kuih raya. Sekarang saya sibuk fikir persiapan untuk anak sahaja,” ujar Siti dipetik mStar online.

Ditanya mengenai persiapan Aidilfitri, Siti memberitahu beliau sudah menempah empat pasang baju raya yang sama dengan anaknya itu untuk bergaya pada hari lebaran ini.


“Sudah tentu ada baju sepasang dengan anak. Saya sudah tempah empat pasang untuk hari raya ini. Selain itu, Aafiyah pakai baju kasual yang peminat saya hadiahkan. Banyak sebenarnya yang belum pakai lagi,” katanya lagi.

Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan. Pasangan ini menimang cahaya mata selepas 11 tahun berkahwin iaitu pada 18 Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori