Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Covid-19 Seluruh Dunia...

BEIJING - Dunia kini berdepan ancaman Covid-19, penyakit yang sebelum ini tidak diketahui...

Projek Pengerang Beri Peluang...

JOHOR BAHRU- Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) bukansahaja membuka pintu pelaburan dari luar negara malah pada masa sama turut mencipta peluang dan ruang bagi penduduk tempatan khususnya orang muda untuk pergi lebih jauh.Apabila siap...

Bank Dunia Tiada Rancangan...

BENGALURU: Bank Dunia tidak merancang menawarkan pembiayaan baharu kepada Sri Lanka sehingga negara...

Gunung Berapi Filipina Meletus...

MANILA: Pihak berkuasa menaikkan tahap amaran kepada satu dan memindahkan penduduk ke tempat...

Tak Berani Kacau, Alyah Biar Ramli Masak Sendiri

SYAWAL yang dinantikan pastinya bertambah meriah diraikan apabila dapat berkumpul bersama sanak-saudara dan menikmati pelbagai jenis juadah di pagi raya.

Sama seperti orang lain, penyanyi Datin Alyah berkongsi dengan pihak mStar Online bahawa suaminya, Datuk Ramli MS begitu arif dalam memasak juadah tersendiri bagi dinikmati pada pagi raya.

Malah, Ramli sendiri akan memasak asam pedas yang akan dinikmati bersama nasi putih sehingga membuatkan ia sebagai juadah wajib mereka setiap kali tiba Syawal.

“Suami saya memang penggemar asam pedas, sampaikan pagi raya pun dia nak makan asam pedas yang dimasaknya sendiri.

“Pada awal dahulu saya pelik juga dengan sikapnya itu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa malah membantu menyediakan bahan-bahan untuk memasak asam pedas,” katanya.

Disebabkan Ramli lebih arif dalam memasak asam pedas, dia sama sekali tidak akan membenarkan isterinya itu untuk menyediakan masakan tersebut kepadanya kerana dirinya sedikit cerewet.

Dalam masa yang sama, sehari sebelum Aidilfitri, Ramli pasti akan berkunjung ke sebuah pasar di Petaling Jaya, Selangor untuk membeli bahan-bahan untuknya memasak makanan kegemarannya itu.


“Suami saya memang sejak dulu pergi ke pasar itu sahaja untuk beli barang-barang basah dan kalau kedai itu tutup memang tak masaklah asam pedas.

“Tetapi kebiasaannya sehari sebelum raya, dia akan beli bahan-bahan dan saya akan tolong sediakan untuk memudahkan dia memasak,” ujarnya lagi.

Tahun ini, Alyah bakal menyambut Aidilfitri bersama-sama dengan ibunya kerana adik beradiknya yang lain kebetulan akan beraya di rumah mentua masing-masing.

Oleh itu, ibunya akan tinggal bersama mereka buat beberapa ketika memandangkan tiada sesiapa yang akan pulang ke kampung.

Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 lalu dan rumah tangga mereka sebelum ini pernah dilanda badai tetapi disebabkan kasih sayang yang kuat antara mereka, pasangan itu berjaya mengekalkan bahtera itu sehingga kini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori