Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘PM Tak Perlu Layan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak perlu melayan...

Malaysia Membenam Timor Leste...

LARKIN - Malaysia meraih kemenangan pertama tahun ini di bawah bimbingan jurulatih, Datuk...

UMNO Tuntut Keadilan Terhadap...

KUALA LUMPUR: UMNO menuntut keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Mahu Halau Monyet, Mercun...

SEORANG warga emas mendapat padah apabilaƃā€šĆ‚Ā mercun bola yang digunakan untuk menghalau monyet meletup...

Tak Mahu Kecewa Lagi, Zulin Rahsia Identiti Kekasih Hati

SERING gagal dalam percintaan membuatkan penyampai radio Zulin Aziz mengakui bahawa dia bukanlah jaguh dalam soal hati malah turut menemui jodoh baharunya selepas mengikuti nasihat saudaranya.

Nasihat saudaranya ialah dengan menyuruh Zulin menunaikan solat Tahajud dan berdoa untuk dipertemukan dengan insan penyayang serta mampu menghargai dirinya.

Kata orang, doa tiada hijabnya. Sejurus selepas Zulin melipat kain telekung, seorang jejaka yang dikenalinya sejak setahun lalu telah mengutuskan mesej dengan menyatakan hasratnya untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam.

“Saudara yang boleh dikatakan seangkatan dengan saya sudah berumah tangga. Dia sarankan saya melakukan solat Tahajud memohon kepada Allah dipercepatkan jodoh.

“Sedang saya melipat telekung, tiba-tiba saya menerima mesej daripada si dia. Dia suarakan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih serius. Ini membuka hati saya untuk menerima pelawaan itu,” katanya ketika dihubungi oleh pihak BH Online.

Sebelum ini, bekas penyampai radio Suria FM itu ada memuatnaik foto gaun perkahwinan dan potongan usrah di laman sosialnya seolah-olah memberi petunjuk bahawa hatinya kini sudah dimiliki.

Malah, mengikut sumber daripada BH Online, jejaka yang berjaya menambat hati Zulin itu merupakan seorang ahli politik dari Indonesia.

Dalam masa yang sama, disebabkan gagal meneruskan hubungan percintaan bersama kekasih lama, Zulin kini mengambil langkah berhati-hati dengan merahsiakan identiti jejaka berkenaan.


“Bukan apa, sebelum ini saya sering dikecewakan malah hampir berputus asa memikirkan soal jodoh. Jadi, saya memilih merahsiakan identiti si dia.

“Saya harap orang ramai mendoakan yang terbaik buat kami,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Zulin turut mengakui bahawa jika benar jodohnya tertulis untuk bersama dengan jejaka berkenaan, dia masih lagi belum bersedia untuk berhijrah ke sana selepas mendirikan rumah tangga.

Hal ini disebabkan dia mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang lakonan dan pengacaraan yang sememangnya menjadi sumber pendapatannya sejak menceburi dunia seni.

“Tipulah kalau saya kata tiada perasaan berat hati untuk meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio kerana sudah sebati dengan rutin harian. Cuma, saya tidak mahu berpegang pada paksi yang sama saja.

“Insya-Allah, saya ingin fokus kepada bidang pengacaraan. Saya tidak mahu kerjaya dalam bidang seni ‘tergantung’ kerana sudah selesa sebagai penyampai radio,” tambahnya lagi. –MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori