Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

4 Tahun 97 Peluru...

NEW DELHI - Seorang lelaki yang hidup selama empat tahun bersama 97 peluru...

Haiza Tak Galakkan Anak...

PENYANYI dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya Rohaiza Nordin, 36, mengaku tidak...

Bakal Labur Jutaan Ringgit...

TAGLINE ‘Qu Puteh Qu Puteh baru lah putih’ sudah pasti ramai yang mengetahui...

SPAD Tugaskan 300 Penguat...

KUALA LUMPUR - Menjelang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 300 pegawai penguat...

Tanah Di Wilayah Saudi Ini Cukup Subur Tanaman

RIYADH – Selama ini mungkin ada kalangan kita membayangkan Arab Saudi tidak lebih sebuah negara tandus dengan sebahagian besar wilayahnya diselimuti dengan gurun pasir yang panas.

Namun ada sebuah wilayah di negara Islam tersebut amat subur malah memiliki sawah padi yang menghasilkan jenis beras merah termahal di dunia iaitu hesawi dengan nilainya cecah 50 riyal (RM54) sekilogram di pasaran.

Tempat itu ialah wilayah Asir yang terletak di sisi barat daya Arab Saudi bersempadan dengan Yaman dan ia diberi nama sedemikian kerana sebahagian besar penduduknya daripada lebih 1.9 juta orang merupakan suku kaum Asir.

Wilayah yang memiliki luas 76,963 kilometer persegi ini secara geografi, secara kebetulan terletak di dataran tinggi sehingga mampu menerima lebih banyak curahan hujan berbanding dengan wilayah lain di Arab Saudi sendiri.

Bayangkanlah sepanjang tahun wilayah ini dapat air hujan daripada 300 hingga 500 milimeter. Ia juga terletak pada ketinggian 3,000 meter dari permukaan laut iaitu di banjaran Jabal Sawda. Justeru suhu di sini juga amat ekstrem.


Sebelah tengah hari agak terik ia boleh mencapai lebih 30 darjah Celcius tetapi pada waktu pagi hari menjelang subuh, suhunya lazim boleh turun serendah titik beku tetapi tidak pula membawa kepada senario cuaca bersalji.

Keadaan unik ini ditambah dengan rekod curahan hujan yang tinggi membuatkan Asir sejak sekian lama dapat memiliki banyak kawasan pertanian segar hijau berbanding wilayah lain di negara terbesar rantau Asia Barat itu.

Asir yang kini memiliki 16 daerah, dihuni ramai petani yang menanam gandum dan buah-buahan sebagai sumber ekonomi malah pengeluaran komoditi pertanian semakin meningkat dengan bantuan sistem pengairan moden.

Menurut laporan stesen penyiaran tempatan, Al-Arabiya, suasana di tempat ini hampir menyerupai wilayah Al-Ahsa di timur Arab Saudi yang juga subur dengan aktiviti pertanian khasnya kurma. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori