Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemberian Vaksin Covid-19 Melepasi...

KUALA LUMPUR - Jumlah vaksin diberikan di Malaysia sudah melepasi lapan juta dos,...

Bomba Sediakan 617 Unit...

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan 617 unit pelbagai...

Warga Bangladesh Cedera Ringan...

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengarahkan sebuah tapak pembinaan...

FMLLP Umum Venue Rasmi...

SHAH ALAM - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan mengumumkan esok venue...

Tapak Pembinaan Disyaki Curi Air Diserbu SAINS, SPAN

SEREMBAN – Sebuah tapak pembinaan perumahan di Senawang, dekat sini diserbu anggota penguat kuasa Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Rabu lepas kerana disyaki mencuri bekalan air.

Pengarah SAINS, Wan Rasdi Wan Ismail berkata operasi bermula 12 tengah hari itu dijalankan dengan kerjasama sepasukan penguat kuasa daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Ketika serbuan dilaksanakan, pihak penguat kuasa mendapati bahawa penghuni premis telah melakukan penyambungan tidak sah menggunakan paip mudah lentur bersaiz 15mm bagi kegunaan harian pekerja yang tinggal di rumah kongsi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ujian klorin yang dijalankan pegawai penguat kuasa SAINS mendapati bekalan air yang digunakan melalui penyambungan tidak sah itu adalah air terawat milik SAINS.

Beliau berkata pihak SPAN telah menyita paip mudah lentur itu sebagai bahan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukkan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.


“SAINS akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap kegiatan curi air di seluruh Negeri Sembilan tanpa mengira kes yang melibatkan pengguna komersil mahupun domestik. Tindakan tegas ini adalah antara langkah berterusan bagi mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil atau pun Non Revenue Water (NRW),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kegiatan curi air boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982 dan setiap maklumat peribadi pemberi maklumat akan dirahsiakan pihak SAINS. – BERNAMA

Kategori