Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Golongan Wanita Peminjam Terbaik...

SERDANG - Rekod cemerlang golongan wanita sebagai peminjam Tekun Nasional yang baik mendorong...

Cebisan Mayat Mangsa Mungkin...

MENGERIKAN! Jiran kepada empat sekeluarga yang ditahan selaku suspek kes pembunuhan kejam di...

Grab Terkejut Cadangan MyCC...

KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Inc. (Grab) menyuarakan rasa terkejut dengan...

Sharifah Farl, Wanita Melayu...

EMPUNYA nama Facebook, Sharifah Farl tiba-tiba menjadi perbualan hangat netizen menerusi laman sosial. Semuanya...

Tempoh Perkhidmatan Pengerusi SPR Dipendekkan

PUTRAJAYA – Tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipendekkan berkuat kuasa 1 Julai ini.

SPR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pemendekan tempoh perkhidmatan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun.

Kenyataan itu menyebut pemendekkan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad melalui surat rasmi pada 11 Jun 2018.

“SPR turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hashim atas khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan di SPR,” menurut kenyataan itu.


Mohd Hashim mula menyertai SPR pada 5 September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi dan dilantik sebagai Pengerusi pada 24 Jan 2016. – BERNAMA

Kategori