Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bas Ekspres Terbabas: Dua...

KUALA LUMPUR - Dua maut manakala seorang cedera parah apabila sebuah bas ekspres terbabas dan melanggar tebing di Km 422.5...

Anwar Selesai Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah...

Polis Terengganu Pergiat Rondaan...

KUALA NERUS - Polis Terengganu akan mempergiatkan rondaan sehingga tiga kali sehari di...

Nabila Razali Tutup Komen...

PENYANYI, Nabila Razali, mengakui menutup ruangan komen akaun Instagramnya, baru-baru ini. Menurutnya, komen pada...

“Ternyata Mereka Memang Jenis Selamba” – Fadzil

ADIK pengarah, Datuk Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari mendedahkan pereka fesyen tempatan yang didakwa belum menjelaskan hutang RM10,000 sejak tiga tahun lalu masih mendiamkan diri.

Jelas beliau, hanya kakak kepada pereka terbabit sahaja yang menghubunginya dan meminta agar gambar ibu mereka dipadamkan daripada status Facebook yang dikongsi olehnya.

“Kalau dia mahu selesaikan secara baik, tentu dia sudah hubungi atau WhatsApp saya. Sebulan sebelum ini, saya sudah meminta kakaknya menyampaikan pesanan kepada pereka berkenaan.

“Saya pesan, kalau masih tidak membalas (mesej) WhatsApp, saya akan tanya menerusi Facebook. Tetapi, ternyata mereka ini memang jenis selamba dan buat tidak peduli saja.

“Bagi saya perkara ini mudah, kalau dia mahu bincang cara elok atau ada usaha untuk selesaikan hutang, saya sudah bagi masa sejak 30 Oktober sampai sekarang,” katanya seperti dipetik BH Online.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan mengajukan permasalahan berkenaan kepada pihak berkuasa, Fadzil memberitahu perkara tersebut masih lagi dalam pertimbangan.

Pun begitu, Fadzil berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas kerana mempunyai dokumen aku janji.


Baca: Suami Yana ‘Sound’ Pereka Fesyen Tak Bayar Hutang

Pada Isnin, kecoh di media sosial apabila Fadzil meluahkan rasa terbuku di hati yang dipendam menerusi sebuah perkongsian dalam laman sosial Facebook miliknya.

Suami kepada pelakon, Yana Samsudin itu secara sinis memerli seorang pereka fesyen terkenal yang liat membayar hutang tetapi mampu bercuti di luar negara pada setiap tahun.

Menerusi entri berkenaan juga, Fadzil turut meminta sesiapa dapat berhubung dengan pereka fesyen terbabit agar menyampaikan pesanannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori