Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tokoh Kulit Hitam Hiasi...

WASHINGTON DC — Enam denominasi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bakal berwajah...

TMJ Tidak Bersetuju Penubuhan...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bersetuju dengan...

Setiap Parti Boleh Keluarkan...

PUTRAJAYA - Setiap parti politik berhak menyatakan pandangan mengenai apa jua perkara termasuk...

Penyokong Kerajaan Cadang Sidang...

GEORGE TOWN - Seorang wakil rakyat kerajaan hari ini mencadangkan agar persidangan Dewan...

Tindakan LGE Guna Mandarin Boleh Hasut Rakyat – PAS

PAS menyifatkan tindakan Lim Guan Eng, mengeluarkan kenyataan media rasmi dalam bahasa Mandarin, sebagai hasutan dan provokasi yang boleh mengundang perasaan benci sesama rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata langkah pelik itu boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat dan syak wasangka yang akan mengganggu-gugat perpaduan kaum di negara ini.

Justeru, katanya, PAS memandang serius tindakan Setiausaha Agung DAP itu biadab mengeluarkan kenyataan media rasmi bawah Kementerian Kewangan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

“Ini suatu perkara yang tidak pernah berlaku atau dilakukan dalam sejarah pentadbiran negara, apabila seorang menteri menerbitkan kenyataan rasmi kerajaan menggunakan bahasa Mandarin walaupun sebagai terjemahan.

“PAS melihat tindakan YB (Yang Berhormat) Lim Guan Eng sekali lagi menerbitkan kenyataan media terbaru dalam laman Facebook beliau dengan menggunakan bahasa Mandarin sahaja (seolah-olah) bagi mempertahankan tindakannya sebelum ini, sebagai bersifat angkuh dan sombong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Malah, Takiyuddin berkata, Guan Eng dipercayai secara ‘sengaja dan berhelah’ membuat suatu tafsiran salah serta ‘mengarut’ terhadap Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila beliau dilaporkan sebagai berkata: “Atas semangat Perlembagaan, apa salahnya mengeluarkan kenyataan media yang diterjemahkan dalam bahasa Mandarin dan bahasa lain?”

Katanya, PAS tidak menafikan hak menggunakan bahasa Mandarin mahupun bahasa lain di negara ini, namun penggunaan selain bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan adalah satu kesilapan nyata.


Beliau berkata, Guan Eng sebagai menteri, perlu mematuhi tatacara urusan rasmi kerajaan yang termaktub dalam Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan.

“Ada banyak pekeliling pentadbiran yang jelas menuntut supaya bahasa Melayu digunakan dengan baik dan diutamakan dalam semua urusan kerajaan.

“PAS dengan tegas memperingatkan YB supaya tidak cuba ‘bermain api’ yang akan membangkitkan kemarahan rakyat dengan sikap angkuh dan sombong memperlekehkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atas nama semangat ‘Malaysia Baharu’,” katanya.

Guan Eng dalam satu kenyataan semalam berkata, kenyataan media rasmi beliau bawah Kementerian Kewangan sememangnya dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain jika perlu.

Beliau menegaskan, kementeriannya sentiasa mengutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori