Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ugut Bunuh Isteri, Penyelia...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengugut untuk membunuh isterinya, seorang penyelia kilang besi didenda...

Zainal Abidin Punya ‘Aura’...

MELAKA - Kredibiliti dan pengalaman luas dalam mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M)...

Kalau Dulu Beckham, Kini...

TIDAK masuk akal. Jika dahulu jejaka transgender ini sanggup menghabiskan duitnya untuk kelihatan seperti...

PRU14: DAP Sudah Tunjuk...

DAP nampaknya telah mula menunjukkan nafsu untuk menyusun kabinet harapan mereka menjelang Pilihan...

Tip Mudah Hias Ruang Kecil Agar Kelihatan Luas

AKTIVITI hias ruang yang kecil boleh menjadi agak mencabar apabila kita mempunyai banyak barang yang hendak diletakkan pada kawasan tersebut.

Jadi, untuk membantu anda menghias ruang yang kecil agar ia selesa dan mudah untuk dikemas, jom baca beberapa tips yang menarik dan senang ini!

1. CAT RUANG DENGAN WARNA LEMBUT

Warna-warna terang dan ceria misalnya sememangnya menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan sesuatu ruang kelihatan kecil.

Sebaliknya, warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat serta biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil kelihatan luas.

2. GUNAKAN PERABOT PELBAGAI PELBAGAI FUNGSI

Elak letak banyak perabot dalam ruang yang kecil kerana ia akan membuatkan ruang itu nampak padat, malah sukar untuk bergerak.

Beli perabot yang ada pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan. Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang.

3. LETAK HANYA SATU PERABOT BESAR SAHAJA

Jika anda masih mahu guna perabot bersaiz besar dalam ruang kecil, pastikan hanya satu perabot sahaja diletakkan dalam ruang tersebut.

Ini merupakan satu lagi tip menghias rumah yang sempit agar kawasan sempit itu tidak terlalu sarat dengan barang.

4. GUNAKAN SOFA YANG RINGKAS

Jarang orang mahu duduk di tengah, justeru pilih kerusi untuk berdua atau sofa bersaiz studio kerana ia lebih kecil daripada yang biasa.


Motif sofa bercorak membuatkan ruang tampak sempit. Jadi, pilih fabrik rona solid dan tambah bantal serta hiasan seni untuk cipta ruang diingini.

5. PILIH LANGSIR YANG SESUAI DAN LETAKKAN PADA PADA POSISI BETUL

Salah satu tip menghias ruang sempit agar kelihatan luas adalah dengan memilih langsir yang sesuai. Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut.

Jadi, sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan luas. Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.

Haaa… Hanya dengan sedikit perubahan, ruang yang kecil pun mampu tampil menjadi luas malah lebih selesa tanpa perlu berbelanja besar.

Cuba praktikkan tips menghias ini agar setiap ruangan dalaman anda kelihatan besar dan lapang. Selamat mencuba! – MYNEWSHUB.CC

Kategori