SEORANG tokoh politik terkenal di India, kini berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa terlibat dalam kematian isterinya, yang sebelum ini dikatakan maut akibat bunuh diri.
Shashi Tharoor, 62, telah didakwa di mahkamah selepas empat tahun isterinya, Sunanda Pushkar, 51, meninggal dunia.
Dia bagaimanapun tidak hadir di mahkamah kerana sedang mengadakan lawatan ke Britain. Perbicaraan kes itu akan dijalankan pada 7 Julai ini.
Sunanda ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah bilik di hotel lima bintang di Delhi, pada Januari 2014, iaitu sehari selepas wanita itu dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan wartawan Pakistan, Mehr Tarar.
Hubungan itu didedahkan oleh isteri Mehr yang berjaya menggodam akaun sosial Twitter suaminya.
Doktor melabelkan kematian itu sebagai tidak wajar dan secara tiba-tiba.
Sashi dan Sunanda berkahwin kurang dari tujuh tahun apabila wanita itu ditemui mati, sekali gus mendorong siasatan dijalankan.
Sunanda sebelum itu dilaporkan mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan dan bedah siasat awal yang dijalankan mendapati dia mengambil ubat tidur berlebihan.
Kematiannya itu bagaimanapun diragui dengan ramai menganggap ia bukan bunuh diri. – MYNEWSHUB.CC