Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jutawan Kapal Tawar Diri...

SINGAPURA - Dengan Pilihan Raya Presiden hanya berbaki dua bulan lagi, Farid Khan...

Sediakan 50,000 Rumah Mampu...

KUALA LUMPUR - Membangunkan semula flat lama milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)...

Wanita Pukul Budak Perempuan...

SUBANG JAYA - Wanita yang memukul seorang budak perempuan yang rakaman videonya viral...

PAS Tidak Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - "Politik PAS adalah politik kerjasama, bukan politik blok atau sekutu,"...

Trafik Bergerak Lancar Di Lebuh Raya Utama

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan lancar setakat 10 pagi ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik menuju ke utara dan selatan dilaporkan terkawal dan lancar.

“Selain itu, trafik juga turut lancar di sepanjang Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworh-Kulim Expressway (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di semua lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah turut dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Kategori