Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaysia Antara Terbaik Dalam...

KUALA LUMPUR - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia telah memuji Malaysia...

Israel, Palestin Setuju Redakan...

BAITULMUQADDIS – Israel dan Palestin berikrar mengambil langkah konkrit untuk meredakan ketegangan di...

Umie Aida, Erma Fatima...

PELAKON Datin Paduka Umie Aida dan kakaknya, pengarah popular Erma Fatima telah berkongsi...

Parlimen: 1MDB Tiada Hutang...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mempunyai hutang tertunggak pada masa...

Trafik Penumpang MAHB Susut 2.3 Peratus Dalam Mei

KUALA LUMPUR – Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) (termasuk SGIA di Instanbul) mencatatkan sejumlah 10.4 juta penumpang dalam Mei 2018, susut sebanyak 2.3 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelum ini.

“Trafik antarabangsa merekodkan 4.8 juta penumpang dengan penurunan dari tahun ke tahun sebanyak 0.3 peratus, manakala trafik domestik merosot 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas yang mendaftar 5.6 juta penumpang,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Pada asas 12 bulan terakhir, rangkaian lapangan terbang MAHB secara keseluruhan merekodkan pertumbuhan 5.9 peratus dengan 130.2 juta penumpang dalam tempoh 12 bulan.

Pergerakan pesawat secara keseluruhan menurun sebanyak 1.0 peratus dengan pergerakan antarabangsa naik 3.8 peratus, manakala penerbangan domestik susut 3.9 peratus berbanding Mei 2017.

“Penurunan trafik penumpang dalam Mei adalah berpunca daripada kekurangan permintaan disebabkan musim puasa Ramadan yang bermula pada 17 Mei termasuk ketiadaan cuti sekolah, yang jatuh pada minggu terakhir April,” katanya.


Cuti sekolah selama dua minggu pada 2018 yang dijadualkan pada 11 hingga 24 Jun adalah seiring dengan perayaan Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 15 dan 16 Jun ini.

Penurunan dalam aliran trafik ini adalah sama dengan kemerosotan pada setiap tahun yang biasanya dikaitkan dengan amalan puasa di bulan Ramadhan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAHB

Kategori